Jumaat, 31 Ogos 2018

KERAJAAN NEGERI PERLUKAN GENERASI BERILMU BERKEMAHIRAN

Jamawi disambut oleh Guru Besar Sk Baru Jumpa,guru guru dan pemimpin masyarakat tempatan sejurus tiba ke majlis tersebut

KEMABONG : Kerajaan negeri memerlukan golongan muda yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memacu kepesatan pembangunan negeri ke tahap yang lebih tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kerajaan negeri komited bagi melipatgandakan usaha meningkatkan dan menambah baik potensi pembangunan belia melalui sektor pendidikan dan kemahiran

Jelasnya ini termasuklah menyediakan hala tuju yang jelas, kerjaya dan kemahiran supaya generasi muda berupaya menyumbang demi pembangunan negeri dan ke­sejahteraan rakyat pada keseluruhannya.
Jamawi meninjau kerosakan astaka Sk Baru Jumpa

“Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar kepada golongan belia di negeri ini. Ini bukan sahaja bagi tujuan penyediaan kemudahan pendidikan, bahkan juga dalam aspek pembangunan belia dan kemahiran.

“Ini kerana peningkatan produktiviti, daya saing dan daya tahan negara memerlukan tenaga kerja yang kreatif, berdisiplin, berinovasi, berintegriti, mahir dan berpengetahuan dalam mengisi kemerdekaan negara  yang sebenarnya ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutupan karnival akademik kemuncak bulan kemerdekaan dan hari keluarga PIBG Sk Baru Jumpa dekat sini baru baru ini.
Tahniah Jamawi menyampaikan hadiah kepada salah seorang ibubapa yang berjaya dalam pertandingan yang diadakan sempana program tersebut

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berharap pelajar khususnya di sekolah ini  dapat melipatgandakan usaha mereka  untuk berjaya cemerlang dalam bidang akademik selain berusaha untuk mempelbagaikan kemahiran agar dapat membantu mereka dalam dunia pekerjaan kelak.

" Proses pembangunan negeri ini tidak akan dapat dipacu jika kita gagal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran justeru golongan  pelajar  sebagai pewaris kepimpinan perlu dilengkapkandengan ilmu  pengetahuan kemahiran  yang menjadi keutamaan kerajaan " jelas Jamawi.
Dapat perhatian,Jamawi meninjau keadaan jalan ke sekolah tersebut yang mengalami perosak kan perlu diperbaiki

Mengulas beberapa kemudahan asas dan prasarana di sekolah tersebut yang mengalami kerosakan antaranya jalan masuk ke kawasan sekolah dan astaka ,Jamawi berkata beliau akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan dari kerajaan bagi membaik pulih kerosakan yang ada demi keselesaan murid murid,guru guru dan masyarakat setempat di kawasan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan