![]() |
| Jamawi dua dari kanan ketika meninjau keadaan kaunter pesakit luar semasa lawatan tersebut |
KEMABONG Sebuah bangunan Klinik
Kesihatan yang baharu di daerah ini wajar diwujudkan bagi menampung keadaan mendesak dan keperluan rawatan pesakit yang meningkat berikutan daerah ini tidak mempunyai hospital
dimana pesakit yang serius dan kritikal terpaksa dirujuk ke hospital daerah Tenom yang jaraknya kira kira 40 Kilometer dari pekan ini.
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata walaupun pada masa ini Kemabong memiliki sebuah Klinik Kesihatan ,namun keadaannya agak sampit disamping kekurangan kemudahan asas yang lain tidak dapat
menampung keperluan penduduk daerah kecil Kemabong yang kini dianggarkan menghampiri 30,000.00 orang.
![]() |
| Jamawi ketika meninjau keadaan bilik rawatan semasa lawatan tersebut |
" Terdapat 4 orang doktor ,dua orang pembantu perubatan dan 6 orang jururawat ibu dan anak ditugaskan di sini,bagaimanapun dalam keadaan bangunan yang kecil dan kekurangan prasarana yang lain menimbulkan keadaan yang tidak selesa bagi pesakit mendapatkan rawatan" katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut ke Klinik Kesihatan Kemabong kemarin.
![]() |
| Jamawi bertukar pandangan dengan pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Kemabong |
Menurut Jamawi,beliau mengambil maklum dan perhatian terhadap beberapa cadangan yang dikemukakan
termasuk cadangan dari orang ramai akan keperluan untuk membina bangunan baharu Klinik kesihatan berkenaan disamping meningkatkan kemudahan asas demi keselesaan rakyat mendapatkan rawatan.
" Saya akan susuli cadangan ini untuk
dikemukakan kepada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan
agar bangunan baharu dapat dibina dan kemudahan asasnya dapat dipertingkatkan" katanya.
Menurut beliau pembinaan Klinik Kesihatan baharu itu sememangnya amat diperlukan bagi daerah Kemabong kerana daerah ini tidak mempunyai hospital dan jika terdapat kes kecemasan, mereka biasanya dihantar ke Hospital Daerah Tenom
![]() |
| Jamawi bersama Doktor dan petugas lain yang bertugas di Klinik Kesihatan Kemabong |
' Kita berharap rakyat akan bersabar
sementara menunggu permohonan untuk membina bangunan baharu ini diluluskan kerajaan dan untuk sementara waktu ini kita akan usahakan agar perkhidmatan kecemasan di klinik ini dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan pesakit yang datang mendapatkan rawatan''katanya










0 ulasan:
Catat Ulasan