Rabu, 1 Ogos 2018

PENDIDIKAN DAERAH TENOM,KEMABONG TERUS DIPERKASAKAN :JAMAWI


TENOM;  Sektor pendidikan di daerah  ini khususnya di kawasan Kemabong akan terus diperkasakan selaras dengan aspirasi kerajaan memlahirkan  model insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar  berkata, usaha memperkasakan sektor ini,termasuk menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti seperti sekolah yang sempurna dan selesa.

Menurutnya, kerajaan negeri komited dalam perkara tersebut malah turut mengwujudkan satu kementerian baharu iaitu Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah sebaik sahaja kerajaan Pakatan yang diterajui oleh parti Warisan mengambil alih pemerintahan negeri Sabah selepas PRU ke 14 baru baru ini.

"Saya yakin dan percaya pengwujudan kementerian baharu ini tepat pada masanya dalam usaha kita memperkasakan sektor pendidikan di negeri ini samada dalam penyediaan prasarana dan pencapaian akdemik" katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan dan taklimat bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan Majlis Guru Besar Daerah Tenom di Pejabat Perhubungan ADUN Kemabong Tenom baru baru ini.

Jamawi (tengah) bersama Pegawai pegawai pendidikan daerah Tenom dan
Majlis Guru Besar Tenom selepas mengadakan perbincangan tersebut

Hadir sama pegawai pendidikan daerah Tenom  Mohd Ridhuan dan Yang Dipertua  Majlis Guru Besar Daerah Tenom Hassan Basri.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan dengan wujud Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah ianya boleh berkolaborasi bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merancang dan melaksanakan pelbagai projek dan program pendidikan di negeri ini.

"Secara langsung penyampaian dan perbincangan mengenai isu isu pendidikan dinegeri ini dapat dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah bersama Kementerian Pelajaran Malaysia" jelas beliau.

Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga berkata sebagai pemimpin yang diberikan kepercayaan serta amanah rakyat ,beliau akan terus memperjuangkan isu isu pendidikan di daerah itu kepada kerajaan terutamanya dalam mempertingkatkan kemudahan asas terutamanya di sekolah sekolah luar bandar.

" Bukan sahaja isu keperluan prasarana pendidikan diberikan perhatian malah mutu pencapaian akademik juga akan diberikan perhatian melalui pelbagai program pendidikan seperti seminar,anugerah dan bantuan akan kita teruskan" katanya.

Tambah beliau dalam mencapai hasrat pencapaian akademik pelajar berada di tahap cemerlang ianya tidak boleh bergantung semata mata  kepada pihak sekolah dan guru guru ,tapi semua pihak perlu menjalin kerjasama bagi memajukan sektor pendidikan dan pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum .


0 ulasan:

Catat Ulasan