![]() |
| MERDEKA..Jamawi Bersama Madiyem,Kassim dan Pemimpin masyarakat tempatan Bersama peserta konvoi melaungkan merdeka sempana majlis tersebut |
KEMABONG : Generasi muda perlu menghayati erti kemerdekaan sepanjang masa, bukan hanya setiap kali tibanya sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong , Jamawi Jaafar berkata, dalam penghayatan itu mereka perlu menghargai pengorbanan pemimpin dan pejuang yang berjuang
demi membebaskan negara daripada cengkaman musuh.
![]() |
| Jamawi kiri menyertai belia Kemabong dalam acara konvoi sempana program tersebut |
"Adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memastikan negara ini terus kekal aman,sejahtera dan makmur.
"Kestabilan ekonomi dan politik yang dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan pejuang kemerdekaan sejak dahulu hingga sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Melancarkan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tenom di Dataran Pekan Kemabong pagi kelmarin.
Hadir sama Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Kassim Haji Yunus
![]() |
| Sokongan Jamawi bersama golongan belia dari kawasan Kemabong yang menyertai acara konvoi bermotorsikal sempana program tersebut |
Lebih dari 40 buah kenderaan dari pelbagai jabatan dan Agensi kerajaan badan-badan NGO dan lebih dari 200 buah motosikal yang mewakili Belia Kemabong menyertai Konvoi sempana program tersebut.
![]() |
| Peserta Konvoi siap sedia dalam Pelepasan konvoi di Dataran Kemabong |
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan ,penghayatan terhadap erti
kemerdekaan sebenarnya penting,memandangkan generasi muda kini dilihat kurang menitikberatkan nilai-nilai patriotik.
Beliau berkata kemerdekaan adalah satu nikmat yang patut disyukuri dalam usaha ke arah memperkukuh kemajuan serta bekerja keras dalam apa jua bidang yang diceburi supaya negara mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi.
“Di bulan kemerdekaan inilah kita seharusnya mengimbas kembali segala usaha yang dilakukan
pimimpin terdahulu untuk membina negara serta
cabaran-cabaran yang dihadapi supaya kita terus
memperbaharui iltizam untuk membina sebuah negara yang harmoni, maju dan progresif,” ujarnya
“Penglibatan rakyat dari segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum dalam aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang dan apa saja program yang boleh
membangkitkan semangat patriotik wajar disemarakkan bagi
mengukuhkan lagi proses pembinaan negara dalam sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya " katanya
Tambah Jamawi,generasi muda juga perlu diberi kefahaman bahawa semangat patriotik perlu ditarafkan dalam kehidupan seharian, pemikiran dan tindakan terutama dalam konteks membela dan mempertahankan kepentingan tanah air. Ia melambangkan pengorbanan serta kebanggaan dengan apa
yang dicapai selama ini.










0 ulasan:
Catat Ulasan