Khamis, 2 Ogos 2018

SEDCO HULURKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG AIR SEMPORNA

SEMPORNA : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyampaikan pelbagai barangan keperluan diri kepada mangsa kebakaran di Kampung Air Semporna yang kini berlindung di pusat penempatan sementara di Dewan Masyarakat Semporna Barangan sumbangan SEDCO adalah merangkumi keperluan asas seperti baldi, gayung, lampin pakai buang kanak-kanak, tuala wanita serta barang keperluan makanan . Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir berkata sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial (CSR) SEDCO kepada masyarakat khususnya kepada mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran ini. “Kita berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat" katanya ketika ditemui selepas mengetuai SEDCO menyampaikan sumbangan di dewan Masyarakat Semporna kemarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang Selasa lalu, kira-kira 300 rumah musnah mengakibatkan lebih kurang 2000 penghuni hilang tempat tinggal daripada 320 buah keluarga.

0 ulasan:

Catat Ulasan