![]() |
| Meriah antara peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan sempana program tersebut |
MENUMBOK: Semangat patriotisme dan cintakan negara bukanlah perkara yang mampu timbul sendiri dalam diri setiap individu kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah Hajah Johair Matlani
Beliau berkata, ia perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil lagi, agar jiwa mereka sebati dengan perasaan itu.
"Ini adalah sesuatu yang amat penting terutama dalam kalangan generasi muda kerana mereka perlu sedar bahawa keamanan dan kesejahteraan negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma. Ia perlu dibayar dengan harga yang mahal melalui peluh keringat, darah serta nyawa pejuang negara terdahulu termasuk anggota pasukan keselamatan" katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Menumbok di padang Majlis Daerah Pekan Menumbok pagi kelmarin
![]() |
| Periksa perbarisan Hajah Johair diiringi oleh Hussin,Nordin dan Azlan menaiki truk bagi memeriksa perbarisan sempana program tersebut |
Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok Hussin Narion,Pengerusi Penganjur yang juga Guru Besar Sk Pekan Menumbok Nordin Mohd Taib ,Pengetua SMK Menumbok Azlan Dimon serta ketua ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan
Menurut Johair yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Parlimen Beaufort ,generasi muda tidak pernah melalui pahit getir zaman darurat, mereka lahir dan hidup dalam era diwarisi daripada generasi sebelumnya yang terpaksa mempertaruhkan nyawa mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan negara.
![]() |
| Tenaga penggerak,Johair (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur program tersebut |
"Mereka tidak tahu apa erti sebenar sebuah perjuangan dan pengorbanan,justeru semangat patriotik dan kenal kepada sejarah perjuangan pemimpin terdahulu membebaskan negara dari belanggu penjajahan perlu kita terapkan kepada golongan muda" katanya
Menurut Johair untuk menggilap semangat patriotik, institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk generasi muda agar cintakan negara.
"Rasa cintakan tanah air dan patriotisme harus dipupuk dari peringkat awal alam persekolahan. Disamping sistem pendidikan sedia ada" katanya
![]() |
| Penghargaan,Johair menerima cendra kenangan dari Nordin selepas merasmikan program tersebut |
Sehubungan dengan itu Johair mengajak ibubapa,keluarga,golongan pendidik serta semua pihak berkepentingan harus berusaha keras memastikan kelangsungan toleransi antara kaum dan agama yang sedia ada dapat dikekalkan.
Katanya, sebarang isu yang boleh menimbulkan kebencian antara kaum perlu dielak pada saat toleransi antara kaum kini dalam keadaan yang rapuh.
"Umum mengetahui ada pihak yang cuba menyemai semangat perkauman dan kebencian terutamanya yang dimuat naik di media sosial .Ini adalah perkara yang tidak wajar berlaku dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama" katanya.
Dalam hubungan ini Johair meminta agar rakyat tidak mudah dikelirukan dengan provokasi yang dimainkan oleh pihak yang kecewa dalam politik sebaliknya rakyat harus bersama-sama berusaha keras menyemai semangat patriotisme, hormat menghormati antara kaum dan agama dengan terus memelihara perpaduan bagi membantu usaha usaha kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.










0 ulasan:
Catat Ulasan