Selasa, 14 Ogos 2018

HAJIJI DAN MADIUS PERANG MULUT DI DUN SABAH


Hajiji Ingatkan Madius
Kemenangannya Kerana UMNO

KOTA KINABALU : Sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini kecoh akibat berlaku perang mulut antara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Perang mulut tersebut bermula apabila Madius (UPKO-Tuaran) menyatakan beliau keluar daripada Barisan Nasional (BN) sebelum ini kerana mahu menghapuskan UMNO dari Sabah.

Berikutan itu, Hajiji (UMNO-Tuaran) segera bangun mengingatkan Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian bahawa kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah atas sokongan orang UMNO.
Hajiji berkata, Madius adalah pemimpin yang tidak mempunyai prinsip, justeru beliau tidak berhak untuk bercakap apa-apa tentang UMNO.
"Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau kalah di DUN Tamparuli dan Kiulu bagi kerusi Parlimen Tuaran. Beliau hanya menang di DUN Sulaman dan perlu berterima kasih kepada UMNO, namun Tangau (Madius) tidak mempunyai prinsip, tidak perlu cakap tentang UMNO.
"Apa yang saya minta oleh Tangau (Madius) adalah untuk menjawab soalan saya dan bukan bercakap tentang UMNO," tegas Hajiji kepada Timbalan Yang Dipertua, Ahmad Abdul Rahman yang meminta beliau bertenang.
Terdahulu, Hajiji dalam soalannya yang meminta Madius menjelaskan tentang langkah-langkah kementeriannya mencipta peluang pekerjaan di Sabah mencuit pemimpin itu dengan menyifatkannya sebagai 'kawan yang lari ke sebelah'. -

Sumber: UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan