Isnin, 6 Ogos 2018

AMARAN Angin Kencang,Laut Bergelora di Sabah




KOTA KINABALU :Jabatan Meteorologi mengeluarkanamaran angin kencang danlaut bergelora  kategori pertama di Sabah sehingga 11 Ogos ini.

Menurut kenyataan jabatan itu.angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam(kmsj) dengan ombak  setinggi 3.5 meter dijangka melanda perairan tersebut.


Bumbung salah sebuah bangunan berdekatan Suria Sabah diterbangkan angin kencang

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil" jelas kenyataan jabatan itu yang dikeluarkan pada pukul 5 petang kemarin

Selain itu,keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu,bagi amaran ribut petir,bukan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Barat Sabah dan Timur  negeri itu sehingga pukul 9.00 malam ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan