Isnin, 13 Ogos 2018

KAJI SEMULA KONSESI PERJANJIAN PENYELENGGARAN JALANRAYA DAN BEKALAN AIR: JAMAWI




KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri disaran mengkaji semula kontrak perjanjian penyelenggaraan jalan raya di negeri ini kepada syarikat swasta yang dilantik  sebelum ini yang dilihat tidak begitu  efektif melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam pemuliharaan jalanraya  yang telah ditetapkan
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong  Jamawi Jaafar ketika membangkitkan isu ini berkata, bukan sahaja tidak efektif malah kerja kerja yang dilaksanakan tidak mencapai mutu yang ditetapkan

SEMAK..Jamawi ketika menyemak soalan sebelum
DAUN bersidang kemarin

"Apabila aduan dibuat mengenai kerosakan jalanraya,syarikat yang dipertanggungjawabkan mengambil masa yang lama untuk membaikinya dan saling beberapa bulan kembali rosak,ini menunjukkan kerja kerja yang dibuat tidak berkualiti" katanya ketika ditemui di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kemarin.

Menurut Jamawi keadaan ini membangkitkan kemarahan kepada rakyat selaku pengguna sehingga ada kes melibatkan kemalangan jalanraya atau kerosakan kepada  kenderaan pengguna.

Tambah Jamawi kes serupa juga turut berlaku kepada syarikat swasta yang diberikan konsesi membaik pulih sistem bekalan air di negeri ini dimana masa bertindak untuk menyelesaikan aduan memakan masa berminggu minggu baru diperbaiki.
TELITI..Jamawi bersama ADUN Putatan Datuk Abidin Madingkir,ADUN Tanjong Batu
Datuk Hamisa Samat meneliti kertas soalan sebelum  Persidangan  DUN bermula

"Perkara ini menjejaskan kesejahteraan rakyat sebagai pengguna  yang turut memberikan impak negetif kepada kerajaan" Tambah Jamawi.
Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan,menyarankan agar  kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi yang diberikan kepada syarikat swasta berkenaan atau mengembalikan peranan dan tanggungjawab tersebut kepada Jabatan Kerja Raya.

Dalam perkembangan lain Jamawi juga berharap kerajaan menghentikan pemberian geran komunal sebaliknya menukar kepada pemberian geran individu dimana dalam masa yang sama kerajaan juga perlu memembantu pemilik geran individu dengan peruntukan  subsidi anak benih dan baja kelapa sawit bagi meringankan beban pemilik geran individu yang ingin mengusahakan tanah mereka dengan kegiatan pertanian.

" Bantuan ini bukan sahaja menggalakkan penduduk luar bandar mengusahakan tanah  mereka dari terbiar begitu sahaja sekali gus dapat menjana taraf sosio ekonomi mereka untuk jangka masa yang panjang" katanya

Fikrah Maya.Com



0 ulasan:

Catat Ulasan