TENOM : JJ Football Club (JJFC) akan memastikan program pembangunan bola sepak peringkat akar umbi diteruskan setiap tahun dalam usaha mengangkat Sabah khususnya daerah Tenom sebagai kuasa dalam sukan nombor satu negara itu.
Pengerusinya Jamawi Jaafar berkata,ini penting bagi pihaknya menjalinkan kerjasama erat bersama badan badan sukan lain khususnya Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) merangka perancangan jangka panjang bagi menjayakan misi itu.
Menurutnya, tiga elemen penting pembangunan bola sepak peringkat akar umbi iaitu kejurulatihan, pembangunan teknikal dan melahirkan atlet masa hadapan dimana latihan
asas pada usia 12 tahun ke bawah sangat penting melengkapkan pemain-pemain muda dengan kemahiran asas.
“Bagi JJFC kita telah melaksanakan program Klinik bola sepak sejak Bulan September tahun lepas dan hari ini sudah setahun club ini ditubuhkan dan kita akan meneruskan program ini berdasarkan sambutan yang cukup menggalakkan dari kaum belia pelajar sekolah termasuk wanita khususnya di daerah ini " katanya ketika ditemui selepas melancarkan siri kedua Klinik Bola Sepak JJFC di Padang bandaran Tenom pagi kemarin.
![]() |
| Menggalakan Jamawi (tengah) bersama peserta yang menyertai klinik tersebut |
Klinik dibawah bimbingan bekas jurulatih Sabah Justin Ganai ,Condrad Majuntin dibantu oleh jurulatih jurulatih tempatan dari daerah Tenom disertai lebih dari 100 peserta.
![]() |
| Pengendali klinik.Jamawi (tengah) bersama Justin Ganai dan Condrad |
Menurut Jamawi yang juga Wakil Rakyat Kawasan Kemabong bengkel ini adalah alternatif bagi mencungkil bakat bakat baru dalam sukan bola sepak, selain mahu mengembalikan kecermalangan sukan bola sepak di negeri ini agar menjadi kuasa sukan dalam pelbagai bidang sukan termasuk bola sepak masa akan datang
Jamawi berkata, penganjuran klinik bola sepak mingguan siri kedua itu memberi pendedahan asas kepada pemain berusia bawah 7-14 tahun dengan harapan dapat melahirkan pemain pemain bola sepak berkualiti mampu mewakili daerah .
"Pada masa sama, katanya, ia juga bertujuan mencungkil bakat-bakat berpotensi boleh digilap dan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi" katanya
Ketika diminta mengulas kejayaan JJFC sejak ianya ditubuhkan Jamawi memberi tahu JJFC telah muncul sebagai juara Allianz Cup 'Junior Football Camp Malaysia League 2018 Zon Sabah yang telah diadakan di Kota Kinabalu pada bulan Mei lepas.
Serentak dengan pelancaran Klinik Bola Sepak JJFC siri kedua itu,Jamawi juga turut menyampaikan insentif dan sijil kepada pemain ,jurulatih dan pegawai JJFC yang menjadi juara Piala Allianz peringkat Negeri di Kota Kinabalu bulan Mei lalu
![]() |
| Jamawi turut menyampaikan insentif dan sijil kepada pegawai dan pemain JJFC yang menjadi juara Piala Allianz Peringkat Negeri Bulan Mei lepas |









0 ulasan:
Catat Ulasan