![]() |
| Musa tidak hadir ke majlis Angkat Sumpah DUN |
KOTATA KINABALU: Hasrat untuk melihat Majlis angkat sumpah bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang dijadualkan hari ini tidak kesampaian apabila terpaksa ditangguhkan ekoran ketiadaan beliau.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman ketika ditemui pemberita di luar Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah petang ini. 
“Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau tidak hadir dalam majlis angkat sumpah yang dijadualkan pada pukul 2.30 petang ini.
![]() |
| Ahmad menjelaskan kepada media |
“Wakil Musa telah menghubungi kami tadi dan memaklumkan mengenai perkara itu (ketidakhadiran Musa).  Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman ketika ditemui pemberita diluar lobi bangunan DUN Sabah selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)
Menurut beliau Mereka akan menghantar surat rasmi susulan menerusi email kepada kami bagi menjelaskan hal ini.
Selain Abdul Rahman, turut kelihatan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Syed Abas Syed Ali dan seorang Timbalannya, Datuk George Ginibun.
Musa kembali ke Malaysia pada 21 Ogos lepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dari Lapangan Terbang Selatar Singapura selepas lebih tiga bulan berada di luar negara.
Ahmad berkata, semua pihak harus bersabar dan memberikan ruang kerana Musa masih mempunyai masa untuk mengangkat sumpah.
“Kita perlu bertenang dan bersabar dalam hal ini kerana beliau (Musa) mempunyai masa sebelum 11 September.
“Kita hanya mengikut peraturan ditetapkan oleh undang-undang dan oleh itu tidak perlu untuk kelam kabut,” ujarnya.
Berdasarkan Perlembagaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diberi tempoh selama tiga bulan untuk mengangkat sumpah semasa sidang DUN yang pertama.
Sidang DUN pertama Sabah telah diadakan pada 11 Jun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Mengikut Artikel 22 (2) Perlembagaan negeri, kerusi DUN Sungai Sibuga yang dimenangi Musa akan dianggap kosong jika ADUN gagal mengangkat sumpah jawatan dalam masa tiga bulan.








0 ulasan:
Catat Ulasan