Rabu, 22 Ogos 2018

ADUN KEMABONG SOLAT SUNAT AIDILADHA BERSAMA UMAT ISLAM DI MASJID KAMPUNG BARU JUMPA

Jamawi bersama sebahagian dari jemaah yang hadir solat sunat Aidiladha di masjid Baru Jumpa Kemabong

KEMABONG:  Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar menyertai lebih 100 orang umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha  di masjid Kampung Baru Jumpa Kemabong


Selasai mengerjakan solat sunat Aidiladha Jamawi bersama rombong  bersarapan pagi bersama umat Islam di masjid Haji Azmi kampung Sugiang Kemabong,menyaksikan pembahagian daging korban di pusat tahfiz Al Raudah dan seterusnya menghadiri majlis kenduri Aidiladha di Masjid Haji Azmi kampung Sugiang Lama.

Hadir di majlis pembahagian daging korban
Di Pusat Tahfiz Al Raudah

Ketika ditemui pemberita selepas majlis ini Jamawi
yang juga Ketua  Belia Usia Pusat ,berharap umat Islam memahami maksud dan pengertian di sebalik sejarah penting ibadah korban terhadap kehidupan seharian sebagai umat Islam sejati.

Katanya, menerusi kefahaman serta penghayatan yang mendalam berhubung amalan tersebut, ia bukan sahaja mampu mendorong seseorang itu untuk memiliki sikap serta jati diri mapan, malah memberi manfaat kepada masyarakat termasuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama umat Islam.
Bersama masyarakat Islam di masjid Haji Azmi kampung Sugiang Lama dalam majlis
kenduri Aidiladha

“Umat Islam perlu menghayati dan memahami pengertian ibadah korban dalam kehidupan seharian bagi membolehkan mereka mempunyai jati diri yang kuat bagi menghadapi cabaran semasa” katanya

Menurut beliau  masyarakat Islam pada hari ini berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran  menuntut umat Islam agar lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan masa depan sekali gus bersedia berkorban demi agama, bangsa, negara.

“ Bagi membina negara bangsa yang aman makmur dan terus membangun rakyat khususnya masyarakat Islam perlu bersatu padu dengan mengenapikan  sikap sikap negetif yang boleh membawa kepada perpecahan yang boleh menjejaskan masa depan negara” katanya.

Menurut beliau semangat hormati mengormati antara satu sama lain walaupun rakyat di negara ini terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan  perpaduan perlu terus dipelihara yang merupakan eleman penting sebagai asas untuk mencapai negara.

"Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat" katanya.




0 ulasan:

Catat Ulasan