Sabtu, 11 Ogos 2018

RM 10,000 RIBU DANA AWAL UNTUK TUBUH KOPERASI USAHAWAN MUDA DI TENOM


TAHNIAH..Jamawi menyampaikan sijil
kepada salah seorang peserta yang menyertai program tersebut


TENOM: Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar
mencadangkan supaya golongan muda di daerah Tenom menubuhkan sebuah koperasi  Usahawan Muda yang boleh mewakili mereka dalam bidang keusahawanan.

Jamawi  berkata penubuhan koperasi merupakan inisiatif yang berkesan agar golongan muda boleh dibimbing dan dibantu untuk pergi lebih jauh dalam pelbagai bidang keusahawanan dengan semangat kekitaan.

"Melalui koperasi, belia boleh bergabung tenaga dalam bidang keusahawanan  yang diceburi. Keuntungan daripada koperasi pula boleh dibahagi-bahagikan sesama mereka  katanya ketika ditemui selepas merasmikan Penutupan Kursus Transformasi Minda Belia Tenom anjuran Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah di Perkasa Hotel dekat sini kemarin.

SOKONGAN..Jamawi (tengah) bersama pegawai dan peserta
yang menyertai program tersebut

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Tenom Martinus Lunggeh dan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Redzuan Yusuf.

Bagi merealisasikan  dan memberikan anjakan kepada cadangan tersebut,Jamawi bersetuju meluluskan bantuan awal  sebanyak 10,000 ribu dimana setiap peserta khususnya peserta program tersebut pula akan mengeluarkan modal sebanyak rm100  sebagai saham kepada koperasi yang bakal  ditubuhkan.

DIHARGAI..Jamawi menerima cenderamata dari penganjur
selepas menutup program tersebut

Beliau berkata, koperasi juga boleh dijadikan langkah awal golongan muda untuk terlibat dalam bidang keusahawanan khususnya perniagaan secara dalam talian (on line)

Jamawi  berkata, pelan tindakan akan dirangka untuk pembangunan belia dan beliawanis di kawasan Tenom/Kemabong  dalam pelbagai sektor ekonomi dengan mengambil kira keberadaan pelbagai sumber yang boleh diterokai di daerah itu.

Terdahulu ketika berucap merasmikan penutupan program tersebut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan meminta golongan belia agar mencabar diri mereka dalam apa juga bidang yang diceburi khususnya bidang perniagaan

Katanya, golongan muda yang berminat dalam bidang perniagaan dan ingin berjaya ,cita cita tersebut perlu disertai dengan usaha serta komitmen yang tinggi selain berusaha mempelajari ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan

"Usahawan-usahawan muda yang baharu hendak bermula, kejayaan demi kejayaan yang ditonjolkan oleh beberapa orang ikon di media sosial terutamanya di Facebook dan Instagram  perlu dijadikan inspirasi dan mula bangkit untuk berjaya" katanya

Tambah Jamawi dipihak kerajaan
turut menyediakan pelbagai bantuan modal untuk rakyat termasuk golongan belia  yang ingin menceburi bidang keusahawanan bagi mengembangkan sumber pendapatan.

Katanya,antara bantuan modal itu adalah dana yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Yayasan Usaha Maju dan lain lain agensi kerajaan yang berkaitan.

“Dana-dana ini diberikan dalam bentuk geran, pinjaman  yang kadar faedahnya rendah,"katanya

Selain itu menurut beliau lagi, latihan latihan kemahiran dan pengurusan. Perniagaan turut disediakan oleh kerajaan

"Bagi mereka yang bimbang dengan risiko perniagaan, selain pemberian dana-dana ini kerajaan juga melalui pelbagai agensi kerajaan turut menganjurkan pelbagai program latihan kemahiran.

“Lebih banyak pengetahuan kita dalam bidang keusahawanan dan juga pengurusan perniagaan, lebih rendah kebarangkalian kita untuk melakukan kesilapan,” kata beliau.





0 ulasan:

Catat Ulasan