Isnin, 13 Ogos 2018

MANFAATKAN PELUANG MASUK UNIVERSITI: ARIFIN

MEMBAKUT: Mahasiswa baharu perlu manfaatkan peluang memasuki universiti dengan memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Membakut Datuk Haji Mohd
Arifin Ariff  berkata peluang berkenaan hendaklah digunakan dengan menimba  ilmu dan mengasah bakat untuk menjadi insan yang berjaya.

CERIA..Arifin bersama sebahagian dari
Anak anak dari kawasan Membakut
yang berjaya melanjutkan pengajian mereka
ke Institusi pengajian tinggi awam tahun ini

" Dalam persaingan global yang semakin sengit banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai  pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan

"Justeru para pelajar perlu berusaha menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif ini hanya yang terbaik akan berjaya"

Arifin berkata demikian ketika berucap meraikan 40 orang pelajar terdiri dari anak anak dari kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Membakut  yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi awam dalam program Ambang Menara Gading di kediaman beliau di kampung Pimping Membakut baru-baru ini.

MITOVASI Arifin sempat memberikan motivasi kepada
Para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Universiti semasa majlis tersebut

Sambil mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya Arifin berkata slogan beliau " Membangun dengan ilmu"  akan diperkasakan agar lebih ramai lagi anak anak dari  kawasan itu dapat meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

" Kesannya sudah nampak namun kita tidak akan merasa berpuas hati setakat ini saja ,usaha berterusan akan kita lakukan agar lebih ramai lagi cerdik pandai dilahirkan dari kawasan ini" katanya.

Menurut Arifin beliau akan terus  melakukan lawatan dan memberikan motivasi kepada pelajar di semua sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah agama  dari masa ke semasa   di kawasan tersebut.

Di majlis tersebut selain sesi motivasi yang disampaikan oleh Sufian Osman dari UMS, Arifin juga turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi pengajian awam tahun ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan