Isnin, 6 Ogos 2018

BELIA ELAK TERJEBAK DENGAM GELAJA NEGATIF

TENOM: Golongan belia disaran melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah bagi mengelak mereka daripada terjebak dengan gelaja negatif sekali gus membantu mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata,masa yang terluang tanpa aktiviti akan menyebabkan remaja lalai dan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah.

Katanya pertubuhan bukan kerajaan  NGO juga perlu membantu kerajaan dalam usaha mengwujudkan pusat aktiviti bagi menarik minat belia

KEMUDAHAN..Jamawi ketika menyerahkan sumbangan kemudahan sukan
Kepada wakil belia Taman Kota Pelajaran
Semasa program tersebut

" Banyak program riadah boleh kita anjurkan antaranya yang menjadi minat golongan belia ialah dalam kegiatan kegiatan sukan" katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada penduduk golongan belia  di Taman Ko Pelajaran Tenom kemarin.

Sehubung dengan itu katanya kerajaan turut menyediakan tempat untuk belia melakukan aktiviti berfaedah seperti dewan masyarakat dan gelanggang sukan sepak takraw,bola tampar dan lain lain.

IKUT SERTA..Jamawi mengambil peluang bermain bersama
Belia belia di Taman Kota Pelajaran

"Sekurang-kurangnya dengan adanya kemudahan ini golongan belia boleh memanafaatkan kemudahan ini untuk kegiatan berfaedah dan ini sekali gus mampu mengurangkan kadar jenayah kerana mereka tidak lagi berpeleseran tanpa hala tuju" katanya.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Badan Belia Usia Sabah ,kerajaan melalui pelbagai agensi dibawahnya sentiasa mengambil berat mengenai keperluan golongan belia  demi memastikan mereka hidup sihat dalam rutin harian masing-masing

" Diharapkan sebarang aktiviti sukan dan beriadah ini dapat dijadikan sebagai titik tolak dalam usaha kita mendidik generasi muda agar cintakan amalan hidup sihat dan berkualiti" katanya.





0 ulasan:

Catat Ulasan