Khamis, 23 Ogos 2018

Penglibatan sektor korporat melaksanakan CSR dialu-alukan



Jamawi Jaafar menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima
sempana majlis tersebut

KEMABONG :  Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini Kemabong , Jamawi Jaafar berharap agar lebih banyak organisasi dan badan-badan korporat tampil menyumbang  untuk melaksanakan tanggung jawab sosial  mereka bagi membantu golongan yang memerlukannya

Beliau memberitahu ia penting dalam menggalak budaya peka dan prihatin dalam kalangan rakyat di negara ini bagi
melahirkan satu bentuk kerjasama dengan pelbagai pihak dalam membantu masyarakat serta golongan tertentu yang memerlukan perhatian.

Jamawi (tengah) bersama tenaga penggerak
Program tersebut

 “Saya ingin mengucapkan tahniah dam terima kasih kepada  Petronas kerana menganjurkan program tanggung jawab sosial korporat (CSR)
melibatkan komuniti setempat ini ,yang bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan selain berkongsi kegembiraan menyambut hari raya aidiladha tahun ini" katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Qurban dan Majlis Hari Raya Aidiladha di masjid Nurulhuda Kuala Tomani dekat sini kelmarin.
Jamawi (tengah) bersama para
penerima sumbangan daging korban

Di majlis tersebut pihak Petronas telah menyumbang sebanyak 7 ekor lembu untuk ibadah korban yang memberikan manafaat kepada 438 orang penerima dari beberapa buah kampung iaitu sekitar Kuala Tomani,kampung Mamaitom,Kapulu,Sugiang Lama,Kampung Baru Jumpa dan kampung Bamban.

Jamawi yang juga Ketua Badan Belia Usia  Sabah memberitahu program seperti itu mempunyai nilai tambah  bukan sahaja kepada organisasi dan para kakitangan Petronas  tetapi juga kepada penduduk kampung terlibat.

“Inilah dinamakan peranan dan tanggungjawab sosial di mana, pendekatan serta peranan CSR dalam sesebuah organisasi boleh diperluas sehingga ia dapat menjadi landasan kepada masyarakat untuk berkerjasama dan saling bantu membantu ,” katanya.
Mengambil peluang merakamkan
gambar kenangan bersama kaum ibu yang turut menjayakan program tersebut

Dalam perkembangan yang sama beliau juga mahukan umat Islam melihat ibadah korban dari perspektif kehidupan dengan meninggalkan sikap negetif kepada positif dan kreatif

Katanya apabila umat Islam mengamalkan budaya positif dalam kehidupan mereka seharian perubahan untuk mencapai kemajuan diri dan masyarakat akan tercapai.

" Kita perlu positif melihat perubahan yang berlaku di persekitaran kita dengan melihat ruang dan peluang terutamanya yang disediakan oleh kerajaan untuk memajukan diri terutamanya dalam meningkatkan  taraf sosio ekonomi kita seharian" katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan