Selasa, 21 Ogos 2018

88 ORANG PELAJAR DARI DUN KEMABONG TERIMA BANTUAN KHAS

Jamawi berdiri(tengah) bersama para pelajar yang menerima sumbangan Khas tersebut

KEMABONG: Seramai  88 orang pelajar dari kawasan Dewan Undangan negeri Kemabong yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian awam dan swasta tahun ini  menerima Bantuan Khas dari Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar

Menurut Jamawi program yang mula diperkenalkan sejak tahun 2008 itu, setakat ini sebanyak 628 orang pelajar telah menerima manfaatnya.

"Untuk tahun ini sahaja seramai 88 orang pelajar dari kawasan Kemabong yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi menerima bantuan khas ini"

" Apa yang lebih membanggakan saya ialah ada pelajar pelajar dari kawasan luar bandar dan pedalaman seperti dari kampung Rundum,Katubu,Tulis dan Tinura berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Universiti yang mencerminkan kesungguhan mereka untuk berjaya dalam bidang pendidikan" katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan khas tersebut d pejabat Pusat Khidmat Adun Kemabong  diTaman Eng Huat dekat sini kemarin.

Tahniah, Jamawi menyampaikan Sumbangan Khas
kepada salah seorang pelajar
sempana program tersebut

Jamawi berkata pencapaian ini merupakan faltfrom untuk mengubah landskap pendidikan khususnya di kawasan Kemabong agar terus berkembang maju dan berharap pencapaian tersebut akan bertambah  pada masa akan datang.

" Dalam merubah kehidupan masyarakat di kawasan ini fokas kita adalah melahirkan lebih ramai lagi modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang manafaatnya bukan sahaja untuk membawa kemajuan kepada keluarga malah masyarakat dan negara" katanya

Gunakan sebaik mungkin nasihat Jamawi
kepada salah seorang pelajar yang menerima sumbangan
Komputer riba sempana program tersebut

Terdahulu berucap di majlis tersebut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan mahukan
Para siswa dan siswi yang telah terpilih melanjutkan pengajian ke menara gading  agar tidak mensia-siakan peluang yang hadir ini kerana masih ramai individu di luar sana yang mengharapkan untuk mendapat peluang berkenaan namun tidak berjaya terpilih.

Beliau berkata. ketika para siswa siswa yang berjaya telah memohon untuk memasuki mana-mana universiti, ribuan pelajar pelajar lain juga turut memohon di mana mereka yang terpilih merupakan individu yang bertuah dan seharusnya peluang itu digunakan sebaiknya demi menimba ilmu yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan.

“Setiap dari anda pastinya sentiasa bermatlamatkan misi untuk mencapai kecemerlangan yang akan menmanfaatkan kerjaya diri  keluarga masyarakat dan negara" katanya

Sehubungan dengan itu beliau berharap  setiap siswa dan siswi yang terpilih melanjutkan pengajian mereka haruslah memanfaatkan peluang yang istimewa ini dan menjadi seorang siswa dan siswi yang cemerlang, berdaya saing, bertanggungjawab, yakin, sentiasa bersedia dan beretika.

0 ulasan:

Catat Ulasan