Isnin, 13 Ogos 2018

TERUSKAN PERANCANGAN INSTITUT THAFIZ AL QURAN (ITQAS) ARIFIN


ADUN Membakut Datuk Hj.Mohd Arifin Mohd Ariff
Turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan
Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama 2018
Persidangan DUN Panggal Pertama Kemarin

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Membakut Datuk Hj.Mohd Arifin Ariff meminta Kerajaan Negeri agar meneruskan perancangan pembangunan yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini.

Antara perancangan yang telah diluluskan  ialah Pembinaan institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

" Perancangan pembinaan (ITQAS) telah diluluskan sebelum, ini dimana tapak sudah disediakan di kawasan saya (Membakut) justeru saya merayuh kepada kerajaan agar meneruskan perancangan ini" katanya ketika turut membahas  Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama 2018 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd.Shafie  Haji Apdal di persidangan Dewan Undangan Negeri Panggal Pertama kemarin.

UKHWAH..Arifin bersalaman dengan Menteri Undang Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri
Datuk  Haji Aidi Moktar
semasa persidangan DUN kemarin

Menurut Arifin  (ITQAS)  adalah dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama  Islam Negeri Sabah  (JHEAINS) dimana Institut ini apabila dapat  diwujudkan akan yangyediakan kursus bertaraf diploma.

" Penting perancangan pembinaan pusat ini kita teruskan ke arah usaha kita untuk melahirkan model insan yang cemerlang  yang berakhlak mulia dan celik Al-Quran" katanya


Selain itu menurut Arifin Institut ini juga dapat mengukuhkan keupayaan kendiri golongan Huffaz sebagai sebahagian sumber manusia dan berupaya menjadi modal insan yang dapat menyumbang untuk negara.

Turut disentuh dalam ucapan perbahasan tersebut, Arifin juga meminta kerajaan agar meneruskan pembinaan pejabat ( JHEAINS) disetiap  daerah yang mana  sebahagiannya telah pun dibina sebelum ini.

"  Pembinaan pejabat pejabat ( JHEAINS)  di setiap daerah penting bagi menyediakan kemudahan yang lebih kondusif dan selesa bukan sahaja untuk kakitangan pejabat tapi untuk pelanggan" tambah Arifin.

FIKRAH MAYA.COM




0 ulasan:

Catat Ulasan