Khamis, 2 Ogos 2018

UMNO KINABATANGAN KESAL TINDAKAN ADUN SUKAU



KOTA KINABALAU: UMNO bahagian Kinabatangan terkejut dan kesal dengan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sukau Datuk  Saddi Haji Abdul Rahman yang meninggalkan Umno dan Barisan Nasional  sekaligus menjadi ADUN bebas.

UMNO bahagian Kinabatangan
kesal dengan tindakan ADUN Sukau

Ketuanya Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar kecil ) berkata sebagai seorang pemimpin yang dipilih oleh Barisan Nasional mewakili UMNO  bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 14 diharapkan terus bersama-sama dalam saf perjuangan UMNO.

"Amat tidak wajar  keputusan yang diambil kerana pucuk kepimpinan parti  telah memberikan kepercayaan untuk memilih beliau (Saddi) bertanding mewakili UMNO sebagai calon BN pada PRU yang lepas yang mana tindakan ini sudah tentu mengecewakan penyokong khususnya ahli ahli Umno di kawasan Sukau" katanya ketika dihubungi kemarin dan diminta mengulas keputusan Saddi yang keluar dari Umno dan Barisan Nasional

Menurut Bung yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dalam perjuangan setiap individu mempunyai prinsip dan ideologinya sendiri, justeru Umno Bahagian Kinabatangan  berlapang dada dalam soal ini dan mendoakan beliau (Saddi) berjaya melaksanakan tugas sebagai pemimpin yang di pilih rakyat (atas tiket UMNO/BN) di kawasannya dengan cemerlang.

Saddi dalam satu kenyataan pada selesa mengumumkan keluar daripada Umno dan BN dan akan menjadi ADUN Pembangkang bebas yang konstruktif menjadi penimbang tara sesuai dengan politik masa kini.

Menurut Bung lagi ,Umno bahagian Kinabatangan akan terus melaksanakan perubahan, merapatkan saf dan terus yakin pada wadah perjuangan UMNO.

Beliau mengajak  pemimpin dan ahli UMNO  yang masih setia dengan prinsip perjuangan agar terus istiqomah, tetapkan pendirian, teruskan perjuangan dan bangkit bersama-sama memperkukuh parti serta kembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

" Kita yakin dan istiqamah dalam perjuangan ini,insyallah pada PRU, akan datang kawasan DUN Sukau pasti akan dapat ditawan oleh Umno"  katanya

FIKRAH MAYA.COM



0 ulasan:

Catat Ulasan