Sabtu, 25 Ogos 2018

GERAKAN DAKWAH PERLU TERSUSUN


Jamawi (tengah)bersama barisan
Ahli jawatankuasa Usia bahagian. tambunan

TAMBUNAN :Sudah tiba masanya, pendakwah Islam menggunakan kaedah yang sistematik dan teratur bagi tujuan menjalankan usaha dakwahnya.

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) berkata, gerakan dakwah dalam negara ini perlu dilakukan secara berpasukan dan  tersusun dalam usaha mewujudkan tenaga pendakwah dan pasukan sukarelawan Islam yang benar-benar komited untuk berdakwah dan menyumbang kepada kesejahteraan umat secara menyeluruh.

" `manhaj' atau kurikulum yang kemas kini amat perlu digubal dalam usaha melahirkan bentuk latihan yang teratur, praktikal dan bersesuaian" katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung. (Usia) bahagian Tambunan di sekolah Agama Negeri Tambunan di sini Ahad lepas.

Ukhwah jamawi bersalaman dengan
para perwakilan sejurus tiba
untuk merasmikan mesyuarat tersebut

Hadir sama Ketua Usia bahagian Tambunan Jumain Abd Ghani dan wakil dari Usia Pusat Damit Tajudin.

Menurut Jamawi yang juga Wakil  Rakyat Kawasan Kemabong jelas sekali, usaha berdakwah kini sudah tidak boleh dilakukan secara sambilan. Keseriusan pendakwah dalam menjalankan kegiatan dakwah sangat perlu kerana tanpanya, tidak banyak aktiviti dakwah boleh dilakukan. Keberkesanannya pula hanyalah bersifat minimum.

" Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk,menuntut ilmu dan berusaha kuat juga adalah bentuk dakwah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian" seharian
Jamawi (tengah) bersama
perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut

Menurut Jamawi cabaran umat Islam masa kini begitu hebat terutamanya di kalangan generasi muda dengan pelabagai eleman negetif yang mempengaruhi gaya dan pemikiran mereka ekoran terdedah dengan kemajuan teknologi maklumat.

"Jika kita khususnya ibubapa gagal menanganinya maka akan lahirlah generasi yang jumud pemikiran dan rosak akhlaknya justeru pendidikan agama perlu ditekankan dalam kehidupan mereka sejak dari kecil lagi" katanya

Tambah Jamawi Gerakan dakwah yang bersifat profesional perlu dilaksanakan oleh Usia yang  akan  berupaya membawa lambang Islam secara khusus untuk menandingi pertubuhan-pertubuhan sukarelawan agama lain.

" Ada baiknya juga jika semua badan dakwah Islam di negara ini bergabung tenaga di bawah satu bumbung agar usaha untuk mempertingkatkan tahap keprofesionalisme pendakwah Islam akan terjamin" jelas Jamawi

0 ulasan:

Catat Ulasan