Selasa, 28 Ogos 2018

PENDIDIKAN MASA KINI AMAT PENTING DEMI MASA DEPAN ANAK ANAK

PENGHARGAAN..Zulkhairi menerima
cendra kenangan dari Bisno selepas merasmikan majlis tersebut

BEAUFORT  - Golongan ibu bapa perlu sedar pentingnya pendidikan buat masa ini demi masa depan anak-anak.

Ini kerana, pendidikan mampu meletakkan mereka di tempat yang tinggi dalam masyarakat, selain menjadi harapan kepada agama, bangsa dan negara.

Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail  berkata, golongan ibu bapa tidak boleh memandang ringan sebaliknya harus serius dalam urusan persekolahan anak-anak.

SOKONGAN Zulkhairi bersama guru guru dan para
pelajar yang menyertai program tersebut

Menurutnya, kejayaan di peringkat sekolah akan membawa mereka ke peringkat lebih tinggi iaitu menara gading sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan.

“Walaupun guru-guru mengambil alih tanggungjawab ibu bapa ketika anak-anak berada di sekolah, namun ibu bapa tetap memainkan peranan besar dalam memastikan kejayaan anak-anak.

“Justeru itu, ibu bapa adalah tunggak kepada kejayaan pelajar kerana semuanya bermula dari rumah, kena ambil tahu tentang pelajaran, prestasi dan pembentukan akhlak mereka manakala urusan pelajaran adalah tanggungjawab guru,” katanya ketika berucap merasmikan program Bengkel Teknik Menjawab UPSR di  dewan Sk Mempagar dekat sini kelmarin

Program anjuran bersama Yayasan Sabah dan Majlis Guru Besar Daerah Beaufort dihadiri lebih dari 200 orang pelajar  dari daerah Beaufort yang   bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini .


Zulkhairi berkata, guru-guru juga merupakan golongan yang prihatin dan ada masanya tetap akan memberi bimbingan kepada pelajar.

Sementara itu, menyentuh program berkenaan, beliau  berkata  ianya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab  sosial Yayasan Sabah dalam memberikan anjakan paradigma kepada pelajar agar lebih memahami teknik sebenarnya menjawab kertas soalan khususnya kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini

Tambah Zulkhairi  dalam menempuh minggu peperiksaan pelajar bukan sahaja perlu fokas terhadap teknik teknik menjawab soalan peperiksaan namun mereka juga dinasihatkan tidak mengabaikan kesiap siagaan fizikal,mental kesihatan selain sokongan ibubapa.

“Program ini selain  dapat memotivasikan anak-anak bagi menghadapi peperiksaan juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar, guru dan ibu bapa,” katanya.

Hadir sama di majlis tersebut Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Beaufort Haji Bisno Haji Sari ,Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Mohd.Nor Mohd Said dan Guru Besar Sk Mempagar Khaleda Omarali.

0 ulasan:

Catat Ulasan