Rabu, 15 Ogos 2018

DIDIK ANAK TENTANG KEBERSIHAN SEJAK DARI KECIL ZULKHAIRI



RASMI.Zulkhairi memukul gong
sebagai simbol perasmian program tersebut

PAPAR :Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan dengan mendidik mereka sejak kecil mengenai nilai kebersihan.

Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah (KYS)  Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail  berkata,kini terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menitikberatkan tentang nilai kebersihan pada anak-anak mereka dengan alasan bahawa anak mereka sudah dewasa dan dapat membezakan antara kebersihan dan kekotoran.

" Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita tidak tahu bila penyakit akan datang menyerang kita jika kebersihan tidak diamalkan" katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Pemerkasaan Cara Hidup  Kanak Kanak di Sk Kampung Gana dekat sini kemarin.
DIDIK..Pelajar sekolah diajar
cara betul membarus gigi sempana program tersebut

Program anjuran bersama Yayasan Sabah,Sk Gana dan Klinik Kesihatan Daerah Papar itu bertemakan " Sayangi Anakku"  melibatkan penyertaan lebih 100 orang pelajar bersama ibubapa

Sehubungan dengan itu Zulkhairi berharap ibu bapa perlu sedar bahawa kebersihan itu amat penting buat anak-anak bagi menjamin masa depan yang bersih, sihat dan harmoni. Seperti peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya"
TENAGA PENGGERAK
ZulKhairi (tengah)
Kakitangan dari Klinik Pergigian Daerah Papar
yang bersama menjayakan program tersebut


" Tuntasnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka tentang kebersihan di usia muda supaya nilai ini menjadi salah satu prinsip dalam diri mereka" katanya

Menurut Zulkhairi lagi ,peranan ibu bapa juga perlu bagi memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan dengan cara mengamalkan gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama seisi keluarga.

SERAH Zulkhairi menyerahkan
Peralatan membarus gigi kepada salah seorang pelajar sempana
 program tersebut

Katanya melalui cara ini, anak-anak akan mengerti kepentingan kebersihan malahan aktiviti ini, juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim seisi keluarga di samping dapat menyihatkan tubuh badan.

"Sesungguhnya, tepatlah kata-kata bahawa, apabila anak-anak diajar erti kasih sayang mereka akan belajar mengasihi, apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar bertanggungjawab, dan apabila mereka diajar erti kebersihan mereka akan belajar menjadi harmoni" Tambah Zulkhairi.

Pelbagai acara diadakan sempana program tersebut antaranya ceramah penjagaan kesihatan ,pemuliharaan gigi,saringan kanser mulut,aktiviti senivisual serta gerak kerja sehat.

Hadir sama Guru Besar Sk Gana Isah Solong dan pasukan Klinik Pergigian Papar diketuai oleh Dr.Shahziha Samsudin.

0 ulasan:

Catat Ulasan