KEMABONG : Lebih dari lapan buah kediaman di 5 buah kampung di daerah ini mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat dipukul ribut dalam kejadian hujan lebat selama hampir sejam petang Isnin lepas.
Hujan lebat disusuli dengan angin kencang kira-kira 30 minit bermula pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam itu turut menyebabkan bumbung rumah penduduk tercabut akibat diterbangkan angin dan sebahagiannya dihampap pokok
Terdapat sebuah rumah tumbang dan sebahagiannya siling runtuh apabila ditimpa pokok selain ada juga kediaman yang terputus bekalan elektrik
![]() |
| Tenangkan, Jamawi ketika menenangkan kesediaan isteri Udi Bawaron yang rumah mereka rosak teruk dalam kejadian tersebut di Kampung Pamaluyan Kemabong |
Antara kawasan kampung kampung yang terlibat dalam kejadian tersebut adalah kampung Pamaluyam dua buah rumah, kampung Gumis dua buah kampung Sugiang satu buah,kampung Angan-Angan sebuah,kampung Sindungon sebuah dan Kampung Paal Seberang satu buah rumah
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar sebaik sahaja dimaklumkan kejadian tersebut dan setelah menghabiskan persidangan Dewan Undangan Negeri pada petang selesa lepas bergegas balik ke kawasan bagi melihat sendiri kesan musibah tersebut ,menemui mangsa yang terlibat disamping menghulurkan bantuan
![]() |
| Jamawi mendengar penjelasan Suhaili Mohd Hatta yang atap rumahnya di kampung Paal Seberang yang turut diterbangkan angin semasa kejadian tersebut |
![]() |
| Jamawi bersama kakitangan Pejabat Adun Kemabong Menurunkan bantuan perkakasan rumah untuk diagih agihkan kepada mangsa kejadian |
Turut sama dalam lawatan tersebut, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Mohd Kassim Haji
Yunus, Pegawai Kebajikan Kemabong Mary Sipaji, Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan
Kakitangan Pejabat Daerah Kecil Kemabong dan kakitangan Pejabat Adun Kemabong
Jamawi ketika ditemui semasa lawatan ini meminta mereka yang terlibat bersabar sementara Pejabat Adun Kemabong menyalurkan bantuan awal bagi meringankan beban mangsa mangsa yang terlibat
" Kita bantu dari segi perkakasan rumah seperti atap zink ,papan berunti dan lain lain bagi membaiki kerosakan yang ada" katanya
![]() |
| Jamawi ketika meninjau kerosakan rumah Addis Onduran di kampung Pamaluyan Kemabong |
Menurur Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan selain bantuan dari Pejabat Adun Kemabong pihak Jabatan Perkhidmatan
Kebajikan Am (JPKA) juga akan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat
" Saya difahamkan bahawa JPKA kini dalam proses penilaian untuk menyediakan bantuan kebajikan bencana alam kepada beberapa mangsa yang terlibat
dalam masa terdekat ini, Tambah Jamawi.












0 ulasan:
Catat Ulasan