![]() |
| Jamawi menyampaikan sumbangan kepada Guru Tadika Kemas Ladang Saling Tenom untuk program keceriaan sekolah |
KEMABONG : Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diperkasa supaya setanding dengan sistem pendidikan awal kanak-kanak di tadika swasta.
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, perkara itu penting bagi memastikan program pendidikan awal kanak-kanak di Tabika Kemas menjadi pilihan utama ibu bapa untuk anak mereka mendapat pendidikan awal.
"Banyak perkara yang kita telah dan akan lakukan ke arah memperkasakan program pendidikan awal kanak-kanak Tabika Kemas ini termasuklah menaiktaraf tenaga pengajar tabika agar memiliki diploma bagi memastikan sistem pendidikan disampaikan berkualiti dan setanding tadika swasta.
![]() |
| Ceria Jamawi bersama pelajar pelajar Tadika Kemas Kampung Ladang Sapong semasa lawatan tersebut |
“ Di kawasan Kemabong iniz saya akan pestikan sekolah tabika Kemas yang kelihatan uzur akan di naik taraf atau diperbaiki bagi memastikan ia selesa dan dapat menarik minat ibu bapa, khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar untuk menghantar akan mereka ke tabika berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Tabika Kemas Kampung Ladang Sapong dekat sini baru baru ini.
Menurut Jamawi pihaknya mahu mengubah persepsi ibu bapa yang menganggap sistem pendidikan di tadika swasta adalah lebih baik berbanding di Tabika Kemas.
“Kita lihat ibu bapa khususnya di kawasan bandar lebih memilih menghantar anak ke tadika swasta walaupun bayaran agak mahal berbanding Tabika Kemas kerana mereka mempunyai tanggapan sistem pendidikan di tadika swasta lebih berkualiti" katanya
Sehubungan dengan itu katanya sebagai Wakil Rakyat di kawasan itu, beliau akan terus berusaha memohon peruntukan dari kerajaan untuk terus memperkasa Tabika Kemas dengan pelbagai perancangan termasuk menganti dan membaik pulih tadika kemas yang kelihatan uzur disamping meningkatkan kemudahan asas untuk keselesaan guru guru dan pelajar pelajar tadika.
" Saya akan sentiasa turun padang memantau perkara ini dan apa yang perlu kita baiki atau tingkatkan kita akan kemukakan permohonan kepada kerajaan untuk mendapatkan peruntukan " jelas Jamawi
Pada kunjungan tersebut Jamawi selain beramah mesra bersama para pelajar tadika di kampung tersebut beliau juga turut menyampaikan sumbangan untuk keceriaan sekolah tersebut.








0 ulasan:
Catat Ulasan