Selasa, 21 Ogos 2018

PBBPS SOKONG YAHYA MENGISI JAWATAN PRESIDEN SAFA BAHARU

Calon calon barisan tertinggi SAFA
Yang mendapat sokongan dari PBBPS


KOTA KINABALU : Persatuan Bekas Bekas Pemain Sabah (PBBPS) memberikan sokongan padu kepada Datuk Yusuf  DSP Kasim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) pada kongres tahunan persatuan itu yang dijangka akan diadakan pada 25  Ogos ini.

Timbalan Presiden (PBBPS) Azman Mastar dalam satu kenyataannya berkata,Yusuf adalah calon terbaik yang mempunyai idea kreatif serta berkebolehan serta berpengalaman luas setelah sekian lama bersama SAFA pernah menjawat jawatan Naib Presiden dan ketika ini dipikulkan tugas selaku pemangku Presiden.


“(PBBPS) memberi sokongan 100% untuk Yusuf individu yang tepat menjadi Presiden kerana  berpengalaman ,tidak terikat dengan  komitmen lain atau sebagai penjawat awam boleh menumpukan sepenuhnya kepada  tugas yang diamanahkan  serta berani memperjuangkan sukan bola sepak di negeri ini ,” katanya ketika ditemui selepas menyertai rombongan (PBBPS) melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan  Sukan Sabah Frankie Poon di pejabatnya di Wisma Muis.
Rombongan PBBPS mengabadikan
gambar kenangan bersama Farnkie semasa kunjungan tersebut

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarsin Taib,Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Damit Anak,Presiden (PBBPS) Datuk James Wong Setiausaha (PBBPS) Yahya DSP.Kasim dan ahli jawatankuasa (PBBPS)

Dijangka pengisian jawatan Presiden SAFA pada kongres kali  penghujung minggu ini akan menyaksikan pertandingam satu lawan satu antara Yusuf  dan bekas setiausaha Agung SAFA Alijus Sipil bagi jawatan Presiden.

Untuk jawatan Timbalan Presiden pula (PBBPS) mengambil ketetapan menyokong gandingan Bekas Pemain Kebangsaan Datuk Jemas Wong dan seorang ahli perniagaan Haji Hamid Apdal

Azman berkata, sokongan (PBBPS) kepada dua gandingan ini kerana yakin mereka  mampu mengubah landskap bola sepak negeri ini.
Sokongan ahli ahli PBBPS mengangkat tangan
tanda sokongan kepada
Calon calon ahli majlis tertinggi SAFA

Katanya Jemas selaku bekas pemain bola sepak negara yang mana sukan ini sudah mendarah daging dalam kehidupannya  sudah tentu pengalaman beliau boleh itu boleh dimanfaatkan SAFA membangunkan sukan bola sepak di negeri ini ke arah yang lebih cemerlang.

Sementara bagi seorang lagi calon Timbalan Presiden Hamid ,menurut Azman selain minat beliau yang mendalam dalam sukan bola sepak latar belakang beliau(Hamid) sebagai ahli perniagaan diperlukan dalam memperkukuhkan kewangan persatuan salah satu faktor penting dalam menjana kemajuan sukan bola sepak di negeri ini

“Masing-masing ada kehebatan tersendiri, kita tidak boleh perkecilkan kehebatan mereka" katanya

Tambah Azman SAFA perlu melakukan transformasi kepimpinan bukan seorang sahaja berkerja namun kepimpinan tertinggi perlu berkerja dalam satu pasukan memantapkan organisasi dan mencari dana agar tidak timbul isu gaji pemain dan pegawai  lewat  dibayar sehingga menjejaskan reputasi para pemain yang mewakili Sabah dalam pelbagai liga kejohanan.

Bagi jawatan Naib Presiden SAFA Pula, (PBBPS) mengambil ketetapan menyokong tiga orang calon iaitu Yahya DSP Kasim, Matlan Marjan dan Haji Salahudin Anoi.

Yahya yang merupakan setiausaha (PBBS) juga mantan pemain bola sepak Sabah dan jurulatih cukup berpengalaman luas untuk membantu kepimpinan tertinggi SAFA bagi mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak di negeri ini.

Menurut Azman lagi , mereka yang terpilih nanti perlu berani bersuara demi kepentingan serta kebajikan persatuan bola sepak negeri.

Terdahulu dari itu (PBBPS) yang diketuai oleh Jemas turut mengadakan perjumpaan bersama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarsin Taib bagi menjelaskan peranan persatuan itu termasuk menerangkan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh persatuan untuk membantu SAFA membangunkan sukan bola sepak di negeri ini.
Timbalan Presiden PBBPS Azman menjelaskan peranan serta
program PBBPS kepada Arunarsin semasa kunjungan tersebut

0 ulasan:

Catat Ulasan