Jumaat, 10 Ogos 2018

SUKAN ELEMAN PENTING PUPUK PERPADUAN



SEPAK MULA..Jamawi melakukan sepak mula
Sebagai simbol perasmian kejohanan tersebut

KEMABONG : Sukan tidak harus diukur kepada kemenangan saja, sebaliknya mampu memupuk perpaduan dalam kalangan  masyarakat  khususnya  golongan belia

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata,sukan bukan hanya berkaitan kemenangan semata-mata tetapi menerusi sukan juga, ia mampu memupuk budaya hormat dalam kalangan individu serta mengukuhkan perpaduan  di kalangan komuniti setempat

"Kegiatan sukan bukan sahaja dilihat semata-mata dari sudut riadah namun melalui kegiatan sukan budaya kerja berpasukan  dapat dibentuk yang akan mengarah kepada semangat perpaduan" katanya ketika berucap merasmikan kejohanan bola sepak sembilan sebelah lelaki dan wanita di kampung Skim Kuala Tomanih dekat sini kemarin.

Sebanyak 52 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita menyertai kejohanan tersebut yang menyediakan hadiah keseluruhan wang tunai 7,500.00

ALBUM KENANGAN..Jamawi (tengah) merakamkan gambar kenangan
Bersama pasukan pasukan bola sepak
yang menyertai kejohanan tersebut

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, negara akan terus maju jika perpaduan kaum dapat dikekalkan, justeru rakyat wajar untuk terus memelihara keharmonian sesama kaum bagi mengelak berlakunya perpecahan yang merugikan semua pihak.

Katanya dalam suasana yang aman dan harmoni  yang dinikmati ketika ini membolehkan rakyat menumpukan pada usaha meningkatkan taraf hidup masing-masing.

“Perpecahan, permusuhan dan benci-membenci hanya merugikan negara dan bangsa. Keamanan dan perpaduan yang kita nikmati sekarang membolehkan semua rakyat dapat hidup dalam sejahtera" katanya

AMANAT..Jamawi ketika berucap merasmikan
Kejohanan tersebut

Menurut Jamawi  lagi perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

Dalam hubungan ini katanya rakyat perlu menolak budaya yang dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang cuba memecah belahkan keharmonian dan perpaduan kaum hanya untuk kepentingan politik mereka

“Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.


0 ulasan:

Catat Ulasan