Rabu, 29 Ogos 2018

HARGAI ERTI KEMERDEKAAN


Jamawi menyampaikan sumbangan untuk
Tabung PIBG Sk Bamban yang diterima oleh YDP PIBG
Hailly Jamihiu

KEMABONG : Rakyat di negeri ini digesa menghargai kemerdekaan dan menghayati perjuangan serta jasa generasi terdahulu yang membawa banyak kemajuan kepada negara.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi  Jaafar ,berkata sebagai tanda menghargai kebebasan yang dinikmati, rakyat harus bersatu dan menepis segala anasir yang boleh memecah-belahkan masyarakat di negara ini.

"Tidak lama lagi negara kita akan memasuki usia 61 tahun merdeka, justeru, kita seharusnya menjadi semakin matang dan mempunyai kesedaran yang tinggi untuk melindungi negara kita daripada ancaman luar.

"Perkara ini dapat direalisasi jika kita bersatu," katanya  ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan  Warga Sk Bamban di Balai  Budaya kampung  Bamban Kemabong dekat sini.
Tahniah Jamawi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan deklamasi puisi sempana program tersebut

Hadir sama Guru Besar Sk Bamban Pariseh Ampuli dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Guru Sk Bamban Hailly Jamihiun.

Dalam masa yang sama Jamawi yang juga Pengerusi  Kelab Penyokong Kerajaan turut menyerankan generasi muda mengisi kemerdekaan negara dengan kegiatan yang mampu menjana kemakmuran agar nikmat yang diperoleh pada masa ini dapat dikekalkan.

" Walaupun keadaan negara ketika ini dalam keadaan yang aman,makmur dan maju namun golongan belia perlu memiliki semangat patriotik dimana sebagai pemimpin pelapis golongan inilah yang akan meneruskan kesinambungan kepimpinan negara pada masa akan datang" katanya.
PATRIOTIK..Jamawi bersama jemputan dan orang ramai yang hadir ke majlis tersebut menyanyikan lagu negara ku

Sehubungan dengan itu beliau meminta rakyat khususnya golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab terutamanya di media sosial yang cuba memecah belahkan perpaduan dan keharmonian kaum demi menjayakan agenda politik mereka.

Pada majlis itu, Jamawi  turut menyampaikan sumbangan untuk tabung PIBG Sk Bamban dan hadiah hadiah sukaneka serta pertandingan lain sempana program tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan