![]() |
| Ahli jawatankuasa Penyelaras Baharu Parti Warisan DUN.26 Kuala Penyu. |
KUALA PENYU: Mejoriti ahli parti Warisan di daerah ini melahirkan rasa kecewa mereka terhadap penyusunan semula ahli jawatankuasa baharu Penyelaras Parti Warisan Sabah N.26 Kuala Penyu yang dilakukan tanpa ada perbincangan selain membelakangkan pejuang lama dalam parti Warisan.
Menurut mereka kebanyakan yang dilantik merupakan muka muka baru yang tidak wujud dan berada di hadapan ketika parti Warisan mula bertapak di Sabah khususnya di daerah Kuala Penyu
Malahan menurut mereka ada sebilangan ahli jawatankuasa penyelaras yang baharu di lantik bukanya penyokong sebenar parti Warisan ,hanya baru beberapa bulan memohon ahli sudah dilantik malahan semasa berkempen dalam PRU ke 14 baru baru ini mereka adalah penyokong tegar Barisan Nasional.
![]() |
| Senarai ahli jawatankuasa baharu penyelaras Parti Warisan N.26 Kuala Penyu |
" Memang agak memeranjatkan dan mengecewakan kepada kami yang berjuang dari sejak dari awal penubuhan parti Warisan khususnya di daerah ini,tiba tiba nama kami tersingkir dan kami tidak dimaklumkan dengan penyusunan ahli jawatankuasa penyelaras ini" Kata seorang ahli parti Warisan yang hanya ingin dikenali sebagai Awang.
Dalam satu komen di media sosial Ahli Parti Warisan Kuala Penyu Amat Mujih menulis perjuangan mereka sebelum ini dicaci dan dihina dalam parti Warisan yang dianggap parti Suluk,malah katanya tidak ramai mahu ke hadapan memperjuangkan hala tuju parti Warisan untuk diperjelaskan kepada orang ramai.
" Sebaik sahaja Gabungan Pakatan Harapan Sabah yang diterajui parti Warisan mengambil alih pemerintahan Sabah merekalah yang berada di hadapan dan mendakwa sebagai pejuang,wal hel
semasa memperkenalkan hala tuju perjuangan parti khususnya semasa PRU ke 14 baru-baru ini tidak kelihatan pun wajah wajah mereka ini membantu jentera parti " jelas beliau.
Menurut beliau, mereka tidak menghalang mana mana individu menyertai parti Warisan tapi biarlah mengikut prosedur yang ditetapkan termasuklah dalam penyusunan ahli jawatankuasa penyelaras utamakanlah pejuang lama dalam parti.
Dalam perkembangan yang sama mereka juga mendakwa penyusunan semula ahli jawatankuasa penyelaras parti Warisan N26 Kuala Penyu tidak di bincangkan dalam mesyuarat bahagian parti Warisan Beaufort menyebabkan perlantikan ini menjadi pertikaian ahli ahli parti Warisan di Dun N 26 Kuala Penyu.
Seorang natizen di media sosial Omarman Adul menulis dalam komennya kenapa perlu ada penyelaras lama dan baharu parti Warisan di Kuala Penyu,siapa yang melantik soalnya.








0 ulasan:
Catat Ulasan