Rabu, 22 Ogos 2018

REPLIKA KOPI MERCU TANDA PEKAN TENOM MUSNAH

ROSAK TERUK.Replika Kopi Tenom
Sebagai mercu tanda pekan Tenom
mengalami kerosakan teruk
selepas dilanggar kenderaan


REPLIKA kopi  Tenom sebagai mercu tanda Tenom yang terletak di tengah tengah pekan Tenom rosak teruk akibat dilanggar lori semalam.

Replika yang terletak di bulatan pekan Tenom berhadapan dengan kedai  Seven Elivan itu merupakan antara lokasi pilihan para pelawat dari luar  yang datang ke daerah Tenom untuk sesi fotografi.
Replika Kopi Tenom
terletak di bulatan pekan Tenom
hilang serinya

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong dalam status dimuat naiknya dalam media sosial peribadinya berkata replika tersebut akan dibina semula namun pihak yang terlibat melanggar replika tersebut perlu bertanggungjawab atas insiden tersebut.

FIKRAH MAYA.COM

0 ulasan:

Catat Ulasan