Isnin, 27 Ogos 2018

KEMUDAHAN KESIHATAN DI LUAR BANDAR DITINGKATKAN


Jamawi kelihatan menyerahkan
satu set Mesin Basuh
untuk kegunaan
klinik Kesihatan Kuala Tomani
semasa lawatan tersebut

KEMABONG :Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini Jamawi Jaafar berkata,Kerajaan negeri  akan berusaha untuk meningkat kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar di negeri ini .

Katanya kesungguhan ini terbukti dengan wujudnya satu kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dibawah  kerajaan negeri yang antara lainnya berperanan melihat keperluan serta kemudahan kesihatan di negeri  ini dari masa ke semasa.

" Sudah tentu kementerian ini berperanan mempastikan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat diberikan perhatian khususnya usaha untuk meningkatkan kemudahan kesihatan di kawasan  luar bandar dan pedalaman di negeri ini" katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke Klinik Kesihatan Kuala Tomani baru baru ini.
Mesra..Jamawi bersalaman dengan orang ramai
yang datang mendapatkan rawatan
di klinik Kesihatan Kuala Tomani

Menurut beliau Kerajaan Negeri menyedari kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar terutamanya kemudahan asas di klinik -klinik di luar bandar di Sabah masih jauh ketinggalan berbanding Semenanjung

" Dengan adanya kolaborasi antara kerajaan negeri melalui kementerian ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia di peringkat pusat sudah pesti segala kekurangan dan keperluan dapat ditangani segera" jelas Jamawi.

Mengulas mengenai beberapa kekurangan kemudahan asas di klinik tersebut yang perlu dinaik taraf,Jamawi berkata beliau mengambil maklum  dan tindakan terhadap perkara tersebut untuk mengemukakan permohonan peruntukan dari pihak yang berkenaan.

Pada majlis tersebut selain beramah mesra bersama kakitangan dan pelanggan di klinik kesihatan tersebut Jamawi juga turut menyerahkan satu set mesin basuh untuk kegunaan di klinik kesihatan tersebut.




0 ulasan:

Catat Ulasan