Isnin, 6 Ogos 2018

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YDP USIA



Sakaran (dua dari kiri) merakamkan gambar kenangan
Bersama Aidi (dua dari kanan) dan Hasbullah (Kiri)
Pada kunjungan tersebut

Menteri Undang-Undang dan Hel Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Haji Aidi Moktar Bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sabah (MUIS)  Datuk Seri Panglima Haji Hasbullah Taha  pagi kelmarin melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Dr.Haji Sakaran Dandan di pejabatnya di Bangunan Ibu Pejabat Usia 1B jalan sulaman.

Pelbagai  perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya soal kerjasama antara ketiga belah pihak dalam penganjuran program program dakwah di negeri ini khususnya dalam memperkasakan syiar Islam di negeri ini.

Pada kesempatan tersebut Sakaran juga mengucapkan tahniah atas perlantikan Aidi dalam jemaah kabinet negeri dan Hasbullah yang dilantik menjadi YDP MUIS yang baharu.

0 ulasan:

Catat Ulasan