![]() |
| Haji Hamid Apdal Perlu diberi ruang Menerajui kepimpinan SAFA yang baharu |
![]() |
| Azman Mastar SAFA perlukan transformasi |
KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Sabah(PBPBS) 60-80an Azman Mastar (gambar kecil) menyokong Haji Hamid Apdal sebagai peneraju baharu Persatuan Bola Sepak Sabah ( SAFA) Sekiranya Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak jawatan tersebut.
Melahirkan keyakinan Azman berkata,Haji Hamid selaku ahli perniagaan yang berjaya disamping minatnya yang mendalam dalam sukan bola sepak layak dan berkemampuan melakukan transformasi terhadap badan induk bola sepak Sabah itu.
"SAFA perlukan tranformasi dalam banyak segi bagi membolehkan beroperasi sebagai persatuan yang mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak di negeri ini termasuk menjadi persatuan sukan yang boleh berdikari sendiri.
Sehubungan dengan itu,kami berharap kongres tahunan SAFA pada 25 Ogos ini dijadikan faltfrom sebaiknya oleh para perwakilan untuk memilih kepimpinan tertinggi SAFA ke arah melakukan perubahan yang lebih baik "katanya ketika ditemui kemarin.
![]() |
| Lagenda Bola Sepak Negara Datuk Jemas Wong antara calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden SAFA |
Banyak pihak mencadangkan Shafie menerajui SAFA selepas bekas Presiden yang juga mantan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman meletakkan jawatan ekoran pertukaran kerajaan negeri pada Mei lalu.
Bagaimanapun Shafie membayangkan tidak mahu memegang jawatan itu dan berpendapat ia sewajarnya dipegang oleh individu berkelayakan dan mempunyai masa untuk menerajui persatuan.
![]() |
| Haji Awang Fadli Juanas Antara calon yang menawarkan Diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi SAFA |
Setakat ini Shafie masih antara lima nama yang dicalonkan.Calon lain adalah Hamid,Naib Presiden SAFA Datuk Yusof Kassim,Setiausaha Agung SAFA Alijus Sipil dan ahli perniagaan Tan Sri TC.Goh.
Yusof yang kini pemangku Presiden SAFA juga telah menyatakan memilih untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden .
Kongres Tahunan SAFA juga akan melakukan pemilihan jawatan Timbalan Presiden,Naib Presiden yang turut kosong ekoran perletakkan jawatan penyandangnya Datuk Lawrence Gimbang (Timbalan Presiden) dan Datuk Harun Ismail (Naib Presiden)
'Apa yang kita harapkan ialah SAFA perlu ada perubahan,kami (PBPBS) rasa perubahan itu boleh berlaku bukan hanya dengan adanya Presiden baharu seperti Hamid tetapi orang orang bawah juga perlu ditukar" tegas Azman yang juga mantan Pengurus Pasukan Bola Sepak Piala Belia Sabah.










0 ulasan:
Catat Ulasan