![]() |
| Belia USIA Sabah sambut baik Komitmen kerajaan Pusat Perkasakan KAFA -Jaafar Abdul Wahid- Ketua Penerangan Belia USIA Sabah |
KOTA KINABALU: Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menyambut baik usaha kerajaan persekutuan untuk menaiktaraf status guru Al-Quran dan Fardu Ain KAFA termasuk meletakkan jawatan guru KAFA ke jawatan Tetap.
Ketua Penerangannya Jaafar Abdul Wahid (gambar kecil) berkata kesungguhan Kerajaan Pakatan iTU,membuktikan kerajaan mengiktiraf sumbangan serta peranan guru guru KAFA di negara ini yang memberikan khidmat terbaik untuk meningkatkan syiar Islam .
" Peranan guru guru KAFA sangat berpengaruh dalam masyarakat setempat dan harus diberikan perhatian oleh kerajaan agar mereka lebih bersemangat melaksanakan tugas dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk memberikan kebaikan kepada umat Islam" katanya ketika dihubungi di sini kemarin
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan kerajaan Pusat mengkaji bagi menaik taraf status guru KAFA termasuklah menetapkan mereka ke jawatan tetap.
Isnin lepas pada Persidangan Dewan Rakyat ,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fauziah Salleh berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang membuat kajian untuk menaik taraf status guru KAFA antaranya dilantik menjadi penjawat dalam perjawatan termasuk usaha untuk meningkatkan kemahiran guru guru KAFA melalui kursus yang bersesuaian.
Menurut Jaafar khidmat Guru KAFA sangat penting kerana mereka juga berperanan memperkasa lagi sistem pendidikan Islam negara.
" Bukan sahaja perjawatan mereka perlu dikaji,malah kemudahan prasarana seperti bangunan tempat belajar juga perlu diambil perhatian dimana ada sebahagian kelas KAFA terpaksa menumpang di bangunan kerajaan yang lain seperti balai raya,malah ada bangunan yang dibina sendiri tidak dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap" katanya.
Setakat difahamkan lebih dari 1,651 kelas KAFA di Sabah dengan jumlah murid lebih dari 44,646 orang dan lebih dari 2,000 orang guru KAFA.
Dalam perkembangan yang sama Jaafar juga berharap kerajaan negeri dapat memberikan perhatian serta peruntukan untuk membina bangunan kelas kelas KAFA di negeri ini dimana terdapat sebilangan kelas KAFA di negeri ini kelihatan uzur selain kekurangan kemudahan asas yang lengkap.







0 ulasan:
Catat Ulasan