Selasa, 7 Julai 2020

16 RIBU BENIH POKOK DIAGIHKAN BAGI MEMBERI GALAKAN PENDUDUK KAMPUNG MENGUSAHAKAN TANAMAN NENAS MD2 DI KEMABONG

Jamawi menunjukkan senarai penduduk kampung yang menerima benih pokok nenas MD2 pada majlis tersebut.

KEMABONG: Bagi memberikan galakan kepada rakyat khususnya golongan petani di kawasan ini  agar menceburi bidang pertanian khususnya tanaman nenas MD2 sejumlah 16,000 benih pokok nenas MD2 diagih-agih kepada setiap Ketua isi rumah(KIR) melalui Majlis Permaufakatan Komuniti  Kampung (MPKK) dan Mahkamah Anak Negeri (MAN) di daerah itu .

Benih tersebut disumbangkan oleh wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar yang disampaikan kepada setiap MPKK dan MAN dalam satu majlis yang diadakan di dewan terbuka pekan Kemabong baru baru ini.

Menurut Jamawi beliau memberikan galakan kepada penduduk di daerah itu untuk
memilih tanaman nenas premium MD2 kerana negara masih memerlukanya untuk keperluan eksport ke luar negara


Jamawi (tengah) bersama pengerusi pengerusi MPKK yang mewakili penduduk kampung yang menerima sumbangan benih pokok nenas MD2

Beliau berkata  potensi nenas MD2  sangat besar selain harga pasaran nya tinggi ianya juga untuk memenuhi permintaan negara negara Jepun, Korea Selatan, negara-negara Arab, Singapura dan China yang menjadi pengimport nenas dari negara ini.

" Saya sarankan agar rakyat khususnya di kawasan ini mencuba tanaman  nenas MD2  yang mempunyai prospek pasaran yang lebih baik bagi menggantikan tanaman komoditi yang lain seperti  kelapa sawit,getah  yang kini berhadapan dengan masalah ketidaktentuan harga berikutan tekanan di pasaran antarabangsa" katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian tersebut

Menurut beliau walau pun benih yang diberikan kepada setiap KIR agak terhad namun ianya berupaya membiak menjadi ribuan pokok nenas dalam tempoh 5 tahun akan datang dan selepas itu penduduk  akan dapat mengusahakan tanaman nenas MD2 dalam sekala yang lebih besar .

" Usaha ini merupakan sesuatu yang berbaloi untuk kita cuba, selain harga pasaran yang baik nenas MD2 juga mempunyai permintaan pasaran yang tinggi di dalam dan luar negara" tambah Jamawi .


Jamawi ketika berucap di majlis tersebut.

Dalam pada itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan menyeru rakyat di kawasan itu agar tidak terlalu bergantung dan fokus terhadap sesebuah jenis tanaman sahaja.

Usaha itu katanya, sebagai langkah persediaan bagi mereka sekiranya berdepan kejatuhan harga produk satu-satu jenis tanaman.

"Kalau kita ada tanah, mesti kita ada 'mix farming' (pertanian pelbagai)  seperti Nenas MD2 Durian Musang King dan lain lain. Kita jangan  berpegang pada satu jenis tanaman sahaja kerana bila jatuh harga tanaman tertentu kita akan hadapi masalah," katanya 

Perkara itu sekali gus dapat membantu mereka memperoleh pendapatan daripada pelbagai hasil sumber tanaman meskipun berdepan kejatuhan harga tanaman tertentu.

  • " Menjadi harapan saya agar bidang pertanian dapat dimajukan di kawasan ini sebagai sumber pendapatan penduduk kampung untuk menjana taraf siso ekonomi mereka seharian " tambah Jamawi .


Pada majlis itu Jamawi juga turut menyampaikan anak pokok nenas MD2 kepada Jawatankuasa Masjid dan  Gereja dalam DUN Kemabong untuk di tanam di kawasan rumah ibadat masing masing..







0 ulasan:

Catat Ulasan