Jumaat, 1 November 2019

Kerajaan bina platform pendidikan kukuh:Jamawi



Jamawi ketika menyampaikan Anugreh kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut.

KEMABONG :  Kerajaan melaksanana pelbagai inisiatif berimpak tinggi dirancang dengan teliti dan dilaksanakan demi memacu kecemerlangan pendidikan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata , komitmen ini membuktikan kerajaan  amat menitikberatkan kepentingan bidang kritikal itu.

"Pelbagai inisiatif berimpak tinggi dirancang dengan teliti dan dilaksanakan demi memacu kecemerlangan pendidikan negara.

"Keutamaan peruntukan sentiasa difokuskan pada keperluan pendidikan yang menjadi tunjang kemajuan negara" katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Lima   SMK Chinta Mata Tenom dekat sini kemarin
Jamawi memukul gong sebagai simbol perasmian majlis tersebut


Hadir sama Pengetua Mail Suanda dan Pengerusi PIBG SMK Chinta Matan  Thomas Panging

Menurur Jamawi segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan  bukan sahaja memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhan, malah menyediakan platform pendidikan negara yang kukuh pada masa depan.

"Malaysia sedang menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi dan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan agenda itu tercapai" katanya

Jamawi bersama guru guri dan ddoelajar sekolah di majlis tersebut. 

Beliau berkata, kerajaan juga terbukti tidak mengabaikan tanggungjawab memperbaiki akses pendidikan berkualiti untuk komuniti kecil dan kawasan luar bandar.

"Bagi memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti, kerajaan bukan sahaja menyediakan guru berijazah, buku teks dan bahan bacaan, tetapi juga kemudahan kemudahan lain yang diperlukan" katanya

Sehubungan dengan itu Jamawi berharap pelajar perlu memanafaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran semasa berada dibangku sekolah dan di rumah bagi membolehkan mereka mencapai kejayaan cemerlang sebagai prasyarat melangkah ke institusi pengajian tinggi.


"Setiap calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STPM  tahun ini perlu menjadikan kecemerlangan pendidikan sebagai asas dalam mencapai kejayaan kerana langkah untuk meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi bermula di sini " tegas Jamawi.







0 ulasan:

Catat Ulasan