![]() |
| Jamawi (tiga dari kanan) memotong kek sebagai simbol perasmian majlis tersebut. |
KEMABONG :Pelbagai inisiatif yang diberikan kepada usahawan wanita dalam Belanjawan 2020 membuktikan kerajaan memberi perhatian khususnya kepada golongan itu sekaligus membuka peluang seluasnya kepada mereka untuk maju dan berdaya saing dalam perniagaan.
Wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan sebanyak RM500 juta dan peruntukan RM200 juta untuk usahawan wanita yang diumumkan semasa pembentangan belanjawan baru baru ini , selaras dengan aspirasi wanita
untuk mendapatkan satu keadilan persaingan dalam perniagaan.
“Inisiatif ini sangat baik dan ia memberi satu peluang dan ruang untuk golongan wanita bersaing secara adil dalam perniagaan seiringan dengan golongan lelaki
“Ini juga sejajar dengan hasrat golongan wanita untuk bersaing secara sihat. Selain daripada itu, kajian menunjukkan bahawa penambahan usahawan wanita akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar, meningkat pendapatan setiap orang sebanyak 20 peratus menjelang 2030 di samping meningkatkan peluang pekerjaan" katanya ketika berucap merasmikan program Pesta Sahabat Amanah Ikthiar Malaysia(AIM) cawangan Tenom di dewan Sri Antoros Kemabong baru baru ini.
![]() |
| Jamawi bersalam dengan sahabat AIM sejurus tiba di majlis tersebut. |
Semasa pembentangan bajet 2020 baru baru ini
Menteri Kewangan Lim Guan Eng,mengumumkan Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP) iaitu dengan menyediakan kemudahan jaminan baharu sebanyak RM500 juta untuk usahawan wanita.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan , untuk terus menyokong usahawan Bumiputera baharu, SME Bank akan memperkenalkan dua dana baharu di mana Kerajaan akan menyediakan subsidi kadar faedah dua peratus setahun bagi mengurangkan kos pinjaman termasuk peruntukan dana RM200 juta khusus untuk usahawan wanita dengan tawaran pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap PKS.
![]() |
| Jamawi menerima cendra kenangan berupa tshit dari penganjur program tersebut |
Tambah Jamawi skim serta inisiatif yang diperkenalkan khususnya untuk usahawan wanita ini membolehkan usahawan wanita sedia ada mengembangkan perniagaan dan memudahkan mereka yang baharu terlibat dalam perniagaan untuk bertapak.
“Ini satu peluang yang besar untuk usahawan wanita mendapatkan peruntukan atau geran perniagaan daripada kerajaan apabila pelbagai insentif diberikan. Ia amat bagus kerana kita ada banyak pilihan skim mana yang paling bersesuaian dengan perniagaan masing-masing" katanya.
Menurut beliau lagi selain itu usahawan wanita juga boleh mendapatkan pinjaman dari AIM dan TEKUN selain boleh memperolehi pengalaman kemahiran melalui kursus jangka pendek dan jangka panjang dari pelbagai agensi kerajaan seperti MARDI,MARA dan lain lain.
Jamawi juga turut mengingatkan para peminjam samada melalui AIM atau TEKUN agar mengutamakan ketekunan membayar pinjaman bulanan agar rakan rakan lain yang ingin meminjam untuk memulakan perniagaan juga berpeluang membuat pinjaman .
Lebih dari 1000 orang sahabat AIM cawangan Tenom dan Kemabong hadir di majlis tersebut









0 ulasan:
Catat Ulasan