Selasa, 19 November 2019

PELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI DIYAKINI BERDAYA MAJU


Jamawi bersama rakan rakan DUN sempat berbincang bersama Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr.Yusuf Yakub

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar yakin industri  Pelancongan Berasaskan Komuniti berpotensi besar dimajukan dan akan menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan rakyat di negeri ini.

Katanya keyakinan ini berdasarkan komitmen kerajaan yang bersedia memberikan  dana peruntukan kepada pengusaha sektor ini turut menjadi pemangkin sektor ini berdaya  maju.

" Dalam Bajet kerajaan negeri 2020 kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM237.61 juta kepada Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk pembangunan sektor pelancongan yang akan menjadi pemangkin sektor ini berkembang maju " katanya ketika turut membahaskan Bajet 2020  di dewan Undangan Negeri di sini.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan ,kesungguhan kerajaan Melalui KPKAS untuk mempromosikan produk pelancongan daerah sehingga ke peringkat antarabangsa juga turut memperkasakan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

"Sebahagian besar produk dan tarikan pelancongan di negeri ini adalah berasaskan pelancongan eko dan pelancongan kebudayaan serta warisan negara yang menjadi daya tarikan kepada pelancongan terutamanya dari luar negara" katanya.

Jamawi berkata sektor pelancongan berasaskan Komuniti mampu mendokong komuniti kampung memperkasakan ekonomi penduduk setempat berasaskan pelbagai hasil produk jualan, kraftangan, sajian dan perkhidmatan kepada para pelancong selain dapat menjana peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan khususnya kampung kampung yang  terlibat, 


Jamawi bersama rakan rakan DUN yang lain sebelum dewan bersidang .

Selain itu Jamawi juga  turut mencadanngkan agar kerajaan melalui KPKAS, Kementerian  Pembangunan Luar Bandar(KPLB) dan agensi kerajaan yang berkaitan dapat menganjurkan bengkel yang dapat memberi kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai peluang-peluang yang boleh diraih daripada memajukan pelancongan berasaskan komuniti.

"Disamping memberikan nilai tambah, serta mengubah minda dan cara ahli  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  ke arah yang lebih positif serta meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan di kampung masing-masing dengan melibatkan perkongsian pintar (smart partnership) ejen-ejen pelancongan dan semua pihak pemain industri serta pihak-pihak berkepentingan bagi membantu masyarakat setempat mendapatkan manfaat dan faedah sepenuhnya" katanya.

Mengenai Pelancongan Komuniti di kawasan Kemabong Jamawi berkata setakat ini ada beberapa buah kampung telah mengusahakanya antara nya Marias Centera dan Rundum Haghilnds yang sudah menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara.

" Kita mensasarkan 11 buah kampung lagi di DUN Kemabong  akan dimajukan sebagai pusat pelancongan komuniti dimana selain menjadi pusat tarikan pelancong ke daerah ini ianya juga dapat menjana pendapatan ekonomi masyarakat setempat" katanya .

























0 ulasan:

Catat Ulasan