Jumaat, 29 November 2019

EWON BENEDICK BERTUNANG

Ewon dan pasanganya Connie menunjukkan cincin pertunangan mereka 

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, Datuk Ewon Benedick selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Connie Parantis, hari ini.

Majlis yang berlangsung dalam istiadat tradisi Kadazandusun itu dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai terdekat.

Connie merupakan seorang guru yang berasal dari Telupid dan kini mengajar di sebuah sekolah menengah di sini. Mereka berkenalan sejak lima tahun lalu.

Ewon, 36, yang juga Adun Kedamaian dalam kenyataan ringkasnya kepada media  berkata, majlis resepsi dijadualkan berlangsung sekitar April tahun depan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang terlibat menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada ibu tersayang yang merestui kami berdua. Tolong doakan kami.” katanya.

Sementara itu Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar yang juga sahabat kepada Ewon  dalam status yang dimuat naik di Halaman Sosial (Facebook) miliknya  mengucapkan selamat bertunang kepada Ewon  dan mendoakan segala urusan dipermudahkan .
Status ucapan tahniah yang dimuat naik di akaun peribadi Jamawi

Selamat bertunang dari kami di meja pengarang

FIKRAH MAYA .COM

0 ulasan:

Catat Ulasan