Khamis, 14 November 2019

Ibu bapa harus beri penekanan terhadap pendidikan awal anak


Ghulam ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar tadika sempana majlis tersebut

KINARUT : Ibu bapa tidak harus bersikap ambil mudah terhadap pendidikan awal anak kerana ianya akan merugikan masa depan  anak anak ,ibu bapa masyarakat dan negara.


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kawang Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata ,
ibu bapa harus memberi keutamaan terhadap pendidikan anak sejak di peringkat awal lagi agar mereka membesar dengan minda yang lebih baik sebagai bekalan mereka melangkah lebih jauh lagi meneroka ilmu pengetahuan

" Tiada alasan bagi ibubapa tidak menghantar anak anak mereka mendapatkan pendidikan awal disebabkan kerajaan memberikan tumpuan utama dalam sektor pendidikan dari segi prasarana dan juga bantuan pendidikan sejak diperingkat tadika dan pra sekolah " katanya ketika berucap merasmikan majlis Hari Apresiasi  Taska dan Tadika peringkat Parlimen Papar di Dewan IKBN dekat sini kemarin.
Ghulam ketika berucap merasmikan majlis tersebut


Menurut Ghulam yang juga Ketua Penaja BERSATU Bahagian Papar ibubapa bukan sahaja memberikan tumpuan kepada pendidikan awal namun dalam masa yang sama turut mempastikan kecermalangan anak anak mereka dalam bidang akademik sejak anak anak belajar di tadika pra sekolah dan seterusnya.

“Ada sebahagian ibu bapa meletakkan usaha mendidik pada bahu guru semata-mata kerana berasa mereka tiada masa atau tiada kemahiran mendidik, sedangkan mengajar anak kecil tidak perlu secara formal malah dengan dorongan sahaja dapat memberikan motivasi kepada anak anak mereka ” katanya

Menurut Ghulam ,Ibu bapa perlu memberi keutamaan terhadap perkembangan pendidikan awal dan pembentukan tingkah laku kanak-kanak bagi merangsang peningkatan potensi anak dari segi intelek, fizikal, sosial dan rohani.

Katanya ,aspek tersebut penting dan amat mempengaruhi corak perkembangan kanak-kanak di dalam bidang lain serta menentukan kecemerlangan masa depan mereka.

"Konsep keibu-bapaan berkesan dapat mencorak personaliti dan tingkah laku kanak-kanak sejak kecil dan ia boleh diadaptasi menjadi insan cemerlang secara holistik"katanya 

Tambah Ghulam  negara memerlukan generasi yang sihat, dinamik, berfikiran positif, produktif serta mempunyai nilai hidup yang bermoral tinggi .

Sehubungan dengan itu katanya  kerajaan memberikan tumpuan khusus terhadap penyediaan prasarana pendidikan di Negara  yang perlu dimanafaatkan sepenuhnya oleh rakyat. 












0 ulasan:

Catat Ulasan