![]() |
| Mohd Shafie menerima cendera kenangan dari Pegawai Eksekutif Club Med (Resort Asia Pasifik) dan Pengarah Urusan GSBR, selepas merasmikan majlis tersebut. |
KUALA PENYU: Pembinaan sebuah resort bertaraf lima bintang di kampung Tanjung Aru kira kira 140 kilometer dari Kota Kinabalu bukan sahaja merubah landskap pembangunan di daerah itu dan sekitarnya namun ianya juga dapat menaja ekonomi disamping membuka peluang kira kira 400 peluang pekerjaan baharu khususnya di daerah itu
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Haji Apdal berkata,pembangunan resort ini akan mengubah landskap Kuala Penyu yang dulu tidak terkenal ini kerana Club Med yang meneraju pembangunan ini bukan sahaja di Malaysia, malah terkenal di seluruh dunia.
"Sudah pasti dengan ini akan ada pembangunan di kawasan ini, bukan hanya nelayan, petani tetapi penduduk akan terima manfaat, saya yakin selepas ini kemudahan jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air akan kita tambah baik kerana sudah tentu ramai pelancong datang,” katanya ketika berucap sempena majlis pecah tanah resort berkenaan kemarin.
![]() |
| Mohd Shafie ketika menijau kawasan pantai yang bakal dibangunkan oleh pemaju resort tersebut |
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar , Datuk Christina Liew, Menteri Pelajaran dan Invoasi Datuk Dr Yusuf Yakub,Pegawai Eksekutif Club Med (Resort Asia Pasifik) dan Pengarah Urusan GSBR, Peter Wong Liang Sang ,Wakil Rakyat Kawasan Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebastian Engkim
![]() |
| Orang ramai yang hadir ke majlis tersebut. |
Resort tersebut adalah yang pertama di Borneo milik Club Med dengan pelaburan sebanyak RM400 juta dan dikategorikan sebagai Bangunan Hijau kerana menepati piawaian Kaedah Penilaian Alam Sekitar Berasaskan Pembinaan Bangunan (BREEAM) dan akan dibangunkan oleh Golden Sands Beach Resort City Sdn. Bhd. (GSBR).
Resort yang dijangka siap pada tahun 2022 itu adalah yang kedua miik Club Med selepas Club Med Cherating Beach Resort di Pahang.
![]() |
| Mohd Shafie bersama jemputan lain menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan majlis tersebut |
Menurut Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan pembinaan resort itu penting untuk mewujudkan pembangunan seimbang di negeri ini agar tidak tertumpu di kawasan bandar semata-mata sehingga menyebabkan penduduk kampung terpaksa berhijrah.
Katanya, sudah terlalu lama dasar kerajaan sebelum ini yang hanya memberikan fokus kepada pembangunan di bandar-bandar utama, justeru dasar kerajaan pada hari ini adalah membawa sesuatu kepada penduduk kampung terutama pembangunan yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka.
“Kita tidak mahu bandar bandar utama sahaja membangun tetapi kita mahu daerah kecil seperti Kuala Penyu juga dibangunkan, kalau hanya tumpukan bandar maka orang kampung akan ke bandar, tiada ertinya kita hantar anak-anak belajar universiti di luar tetapi habis belajar kerja juga di luar" katanya










0 ulasan:
Catat Ulasan