Sabtu, 2 November 2019

Calon SPM dan STPM buat keputusan dengan bijak:Arifin


Arifin bersama calon calon STPM SMK Membakut 

MEMBAKUT: Calon calon yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM tahun ini diingatkan  agar menganggap peperiksaan yang diduduki  amat penting bagi menentukan hala tuju masa depan mereka.


Ketika membuat ingatan ini Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif berkata,keputusan cemerlang setiap calon membantu mereka  memilih kursus yang diimpikan apabila memasuki institusi pengajian tinggi kelak

“Pelajar yang menduduki kedua dua peperiksaan ini perlu  fokas  untuk mencapai keputusan cemerlang terutamanya mata pelajaran teras bagi melayakkan dan memudahkan mereka memilih kursus yang sesuai apabila berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti" katanya ketika ditemui selepas mengadakan program Jejak Ilmu bersama pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM  dua buah sekolah iaitu SMK Membakut dan SMK Membakut 2 di sini .


Menurut Arifin pelajar perlu bijak membuat keputusan yakin dan berani meneroka pengalaman baru terutamanya dalam bidang propesional seperti perubatan dan kejuruteraan dan  yang mempunyai pasaran kerja yang luas sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti .

Katanya,  dalam memilih kursus jangan terpengaruh dengan rakan sebaiknya  analisis perlu dibuat oleh  pelajar sebelum sebarang keputusan dibuat bagi memastikan masa depan lima tahun akan datang lebih jelas.

"Pelajar  perlu membina pelan kerjaya lima tahun akan datang dan membuat kajian berkenaan pekerjaan yang diminati selari dengan prospek masa depan dari segi gaji serta perkembangan kerjaya berdasarkan pengajian bidang yang bakal diambil" katanya 

Dalam pada itu Arifin yang juga Ketua Penaja Bersatu bahagian Kimanis turut mengingatkan pelajar dalam  Revolusi Industri 4.0 akan datang, mentaliti pelajar yang menuntut di universiti untuk mendapat pekerjaan perlu diubah.

 "Pelajar  perlu menjadikan matlamat masuk universiti untuk bina kerjaya melalui kepakaran sendiri"katanya

Arifin berkata pelajar boleh mengikuti kursus dalam , bidang keusahawanan antara yang penting untuk membina kerjaya selepas belajar dan selepas itu mereka pula boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

"Kebanyakan universiti awam juga menyediakan platform dan modul pengajaran terbaik bagi memastikan graduan yang dikeluarkan menjadi pilihan majikan yang penting pelajar  perlu bersedia untuk menyahut cabaran dan bermotivasi untuk melakukannya" katanya






0 ulasan:

Catat Ulasan