![]() |
| Lajim(tengah) bersama ahli jawatankuasa penaja koperasi KO-BEST Bersatu Sabah |
KOTA KINABALU: Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu (KO-BEST) yang diilhamkan oleh Parti Primbumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan melebarkan cawangan di Sabah.
Naib Pengerusi KO-BEST Kebangsaan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata matlamat penubuhan koperasi tersebut bagi membantu meningkatkan ekonomi ahli khususnya di negeri ini.
" Di peringkat pusat kita telah pun melancarkan penubuhan koperasi ini dan di Sabah kita baru saja membentuk jawatankuasa penajanya dan akan digerakkan ke seluruh bahagian (Bersatu) di negeri ini" katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pembentukan jawatankuasa penaja koperasi tersebut di ibu pejabat (Bersatu) Alam Mesra baru baru ini.
![]() |
| Lajim ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut. |
Menurut Lajim yang juga Pengerusi Penaja (KO-BEST) Sabah platform terbaik bagi menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi ahli.
Katanya ,KO-BEST mempunyai tiga pelan kemakmuran bersama bagi keuntungan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam tempoh 2019 hingga 2050.
"Fungsi utama KO-BEST adalah perkhidmatan dengan menumpukan ketika sektor utama seperti agro, teknologi, peruncitan, yayasan dan pembangunan.
"Kita akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk koperasi lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat dalam serta luar negara" katanya
Menurut Lajim yang juga Pengarah Strategi Dan Pilihanraya Bersatu Sabah koperasi juga akan membantu anggotanya yang ingin menjadi usahawan.
Tambah Lajim koperasi berkenaan menyasarkan pengumpulan modal melalui beberapa cara seperti yuran keahlian RM100 dan pelaburan saham ahli, RM250.
" Kita mensasarkan tidak kurang 50 ribu ahli menyertai koperasi ini dan jika berjaya menerima penyertaan 50,000 ahli Bersatu dan pribumi, koperasi bakal memperoleh modal sebanyak RM17.5 juta"
Lajim berkata jawatankuasa koeprasi tersebut akan bergerak ke seluruh bahagian Bersatu di negeri ini bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai koperasi ini.








0 ulasan:
Catat Ulasan