![]() |
| Jamawi diiringi oleh PPM Kemabong Burnley Balang berpuas hati ketika meninjau jalanraya kampung Kemabong Lama yang sudah dinaik taraf menjadi jalan konkrit . |
KEMBAONG: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini Jamawi Jaafar mensasarkan semua kampung di kawasan tersebut dapat dihubungi dengan sistem pengangkutan jalanraya yang lebih baik dan selesa.
Beliau berkata dengan adanya sistem pengangkutan jalanraya yang baik dapat membantu meningkatkan lagi sumber ekonomi rakyat dalam sektor pertanian dan pelancongan.
Menurut beliau lagi dengan adanya sistem pengangkutan jalanraya yang baik sektor pelancongan dikawasan tersebut akan bertambah maju dimana pelancong lebih selesa membawa kenderaan mereka untuk melawat beberapa tempat menarik yang ada di daerah kecil Kemabong.
"Sasaran utama ialah menaik taraf jalan jalan utama seperti jalanraya antara pekan Kemabong Ke Rundum Highlands yang telah pun diluluskan peruntukanya oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan anggaran Kos RM212 juta dan kini menunggu perlaksanaannya, begitu juga jalanraya Ulu Tomani dengan anggaran kos sebanyak RM179 juta juga akan bakal dilaksanakan " katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja kerja naik taraf jalan kampung Kemabong Lama dan jalan kampung Kolorok dekat sini kemarin.
![]() |
| Jamawi meninjau kerja kerja naik taraf menunju ke Sk Kolorok |
Jamawi berkata sistem pengangkutan jalanraya ke kampung kampung diberikan fokas utama disebabkan selama ini penduduk berhadapan dengan kesukaran membawa hasil pertanian mereka untuk dipasarkan di pekan Kemabong,Tenom dan lain lain daerah berhampiran .
"Sebagai adun di kawasan ini saya telahpun menyuarakan perkara berkenaan kepada kerajaan di peringkat pusat dan negeri agar sistem perhubungan jalan jalan kampung di kawasan ini dapat dinaik taraf " katanya
Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan yakin dan percaya perkara ini dapat mustahil dilaksanakan oleh kerajaan yang sentiasa memberikan keutamaan kepada rakyat khususnya di luar bandar untuk menikmati kemudahan asas seperti sistem pengangkutan jalanraya yang baik dan selesa selain adanya sokongan padu semua pihak khasnya rakyat dan pemimpin tempatan.
"Sudah semestinya bagi rakyat kawasan DUN Kemabong komiten kerajaan itu merupakan satu hadiah tidak ternilai bagi mereka yang mendambakan pembangunan dan mampu meningkatkan ekonomi rakyat sekaligus bertepatan dengan visi untuk membasmikan kemiskinan dalam tempoh jangka panjang"; katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan