Jumaat, 8 November 2019

TUJUH BUAH KAMPUNG TERJEJAS BANJIR DI MEMBAKUT:ARIFIN


Arifin turun padang memantau keadaan banjir di Pekan Lama Membakut.

MEMBAKUT : Sebanyak tujuh buah kampung di sini terjejas akibat banjir kilat selepas  paras air sungai Membakut melimpah ekoran  hujan turun tanpa henti  sejak semalam

Antara kampung yang terlibat kampung Bambangan, Sinuko, Sinduk, Baitam, Jambatan Baru ,Lampijas  kawasan Pekan Membakut dan beberapa buah kampung lain.

Penduduk kampung Baitam dibantu oleh pihak Bomba untuk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kampung Salagon Beaufort.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif yang turun padang memantau keadaan banjir di kawasan yang terlibat berkata, setakat petang  petang tadi 14  keluarga seramai 46 orang  dari kampung Baitam dan Jambatan Baru   telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kampung Salagon Beaufort.

" Pihak berkuasa Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Polis,Rela dan Pejabat Daerah  akan terus membuat pemantauan di semua lokasi banjir dan sekiranya hujan berterusan berkemungkinan ada lagi penduduk yang terjejas akan kita pindahkan ke pusat Penampatan banjir" katanya ketika ditemui selepas memantau keadaan banjir di sini .

Arifin bertanyakan khabar kepada salah seorang penduduk kampung Baitam yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Kampung Salagon Beaufort.

Menurut beliau Pusat Operasi dan Pemindahan Banjir telah pun diaktifkan ekoran keadaan cuaca yang tidak menantu ketika ini.

Arifin yang juga Ketua Penaja Bersatu Bahagian Kimanis berkata kawasan pekan Membakut juga terjejas ekoran kejadian banjir kali ini dimana jalan dari Pejabat Pos, Balai Polis Sekolah Agama Negeri Pekan Membakut menuju   ke kedai baru  ditenggalami air dan  ditutup untuk laluan kenderaan.

" Kita berharap  semua yang terlibat bersabar dan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya keadaan banjir masih berterusan dimana kita maklum ketika ini musim hujan yang sukar dijangka " jelas Arifin.

Beliau juga turut mengingatkan agar penduduk yang berasiko banjir agar sentiasa berwaspada dan memastikan dokumen dokumen penting disimpan di tempat yang selamat

0 ulasan:

Catat Ulasan