
Limus (tengah) bersama pengerusi pengerusi MPKK DUN Kuala Penyu
KOTA KINABALU: Pemimpin akar umbi terutama ketua kampung dan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan membantu pihak berkuasa membanteras jenayah dadah di kawasan masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury (gambar) berkata sebagai pemimpin peringkat akar umbi, mereka perlu memastikan kawasan masing-masing bebas daripada gejala dadah yang menjadi perosak bangsa dan negara.
“Selain menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, ketua kampung dan MPKK perlu memantau segala kegiatan jenayah khususnya dadah…segera laporkan kepada polis sekiranya terdapat kegiatan menagih atau mengedar dadah di kampung masing-masing.
“Sekarang kita melihat laporan berita bahawa kegiatan dadah bukan sahaja di bandar-bandar, malah ia sudah merebak sehingga ke kampung-kampung dan masalah ini sangat membimbangkan,” katanya ketika merasmikan Kursus Induksi MPKK bahagian Kuala Penyu di sini, hari ini.
![]() |
| Limus semasa ditemui media selepas merasmikan majlis tersebut |
Mengenai majlis itu, Limus berkata seramai 104 MPKK bagi kawasan Kuala Penyu menyertai kursus selama tiga hari bermula hari ini yang dianjurkan Institut Kemajuan Desa (INFRA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
“Kursus ini mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus dan mentadbir kampung. Oleh itu saya mahu melihat tadbir urus desa, perancangan aktiviti, pengurusan mesyuarat, akaun dan kewangan, permohonan geran bahkan pangkalan data kampung menjadi mantap selepas ini,” katanya.







0 ulasan:
Catat Ulasan