Ahad, 10 November 2019

PELUANG BN MENANG PRK TANJUNG PIAI CERAH :BUNG

Bung ,Anwar dan calon BN Weeks Jeck Seng semasa ceramah Perdana di PDM Penerok .


KOTA KINABALU  Calon  Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr . Wee Jeck Seng  mempunyai kelebihan dan berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai 16 November ini.

Pengerusi Barisan Nasional dan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menjangkakan pemimpin MCA tersebut mampu mengenepikan saingan lima penjuru termasuk calon Pakatan Harapan.

" Saya bersama rombongan telah menjelajah ke beberapa buah pusat daerah mengundi di kawasan ini dalam siri jelajah Ceramah Perdana dan apa yang saya perhatikan sambutan serta semangat rakyat khususnya di Tanjung Piai ini  untuk menyokong calon BN dalam PRK kali ini sungguh luar biasa malah dalam setiap pertemuan saya secara lisan kebanyakan penduduk menzahirkan sokongan kerana bosan dengan kerajaan PH yang gagal membela rakyat " katanya ketika ditemui selepas mengadakan ceramah perdana di Pusat Daerah Mengundi Melayu Raja dekat sini.

Bung bersama penyokong penyokong BN semasa siri ceramah perdana di PDM kampung Tangayun 

Selain mengadakan perjumpaan di PDM Melayu Raja,Bung bersama rombongan UMNO Sabah juga turut mengadakan ceramah perdana di PDM  Kampung Tangayun dan PDM  Penarok yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung UMNO  Tan Sri Anwar Musa, Datuk Ahmad Maslan calon BN Datuk Seri Dr . Wee Jeck Seng  dan  Pesuruh Jaya Pas Johor Ustaz Abdullah Husain.

Menurut Bung selain  pengalaman Jeck Seng  sebagai penyandang selama dua penggal antara 2008 hingga 2018, aura dan sentimen BN sebagai pemerintah dahulu diakui masih kebal di kawasan Parlimen itu.

Katanya BN yang mempunyai rekod perkhidmatan lama berpeluang untuk menang kali ini selain aura serta sentimen calon BN masih kuat dalam kalangan pengundi tempatan.

“ Insyallah BN akan menang cemerlang , rakyat khususnya di kawasan ini sudah muak dengan  kerajaan PH janji banyak tapi tidak ditunaikan dan banyak perkara saya rasa rakyat tidak berpuas hati,” katanya.

Dalam pada itu Bung yang juga Ahli Majlis tertinggi UMNO meminta jentera BN memperhebatkan kempen dari rumah ke rumah sehingga ke akhir masa berkempen bagi menjelaskan isu serta pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan PH selama ini.

" Kemenangan BN dalam PRK Tanjung Piai ini penting sebagai memontum kebangkitan rakyat merampas semula Putera Jaya pada PRU Ke 15 akan datang " katanya 

Bung ketika berceramah di PDM Melayu Raja 

Tambah Bung  hari ini  rakyat melihat dan membaca apa yang berlaku pada kerjaaan PH yang  sangat lemah. Rakyat telah mencuba dan terbukti memang kerajaan PH tidak  boleh melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat sebaik yang  BN buat sepanjang pemerintahan sebelum ini.




0 ulasan:

Catat Ulasan