![]() |
| Jamawi Jaafar Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan |
KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (backbancer)Jamawi Jaafar mengajak ahli ahli yang berhormat kerajaan termasuk kepimpinan akar umbi agar terus mengekalkan memontum berkerja dan melaksanakan amanah rakyat bagi menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal membangun negeri ini.
Katanya Sahfie sebaik sahaja dilantik menjadi Ketua Menteri ,mempunyai agenda yang besar membangunkan negeri ini khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan satu pasukan yang mantap untuk merealisasikan harapan rakyat yang memilih kerajaan baharu selepas PRU ke 14 yang lalu.
"Sekarang adalah masa untuk berkerja dalam satu pasukan dengan lebih fokas untuk menjayakan wawasan Shafie dan harapan rakyat selama ini"
" Sebagai pemimpin yang diangkat oleh rakyat kita harus mempunyai pendekatan yang betul dan berani untuk memastikan program dan pelan pembangunan di Sabah berjaya selain menjamin pembangunan yang berterusan dan faedahnya dinikmati oleh generasi akan datang" katanya
Jamawi yang juga wakil rakyat kawasan Kemabong berkata demikian ketika dihubungi di sini dan diminta mengulas kemenangan Shafie sebagai Ketua Menteri yang sah setelah kegagalan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah sebelum ini.
![]() |
| Datuk Seri Mohd.Shafie Haji Apdal kekal Ketua Menteri yang sah. |
Sambil mengucapkan tahniah kepada Sahfie ,Jamawi berkata proses undang undang telah berjalan seadil-adilnya dan semua pihak perlu berlapang dada menerima keputusan tersebut.
Mahkamah Rayuan di sini kemarin menolak rayuan Musa Aman berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah sebelum ini.
![]() |
| Tan Sri Musa Haji Aman gagal dalam rayuannya |
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Kamardin Hashim ketika menyampaikan keputusan itu turut memerintahkan Musa membayar Mohd Shafie dengan kos sebanyak RM50,000 dan membayar Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT) sebanyak RM20,000.
Rayuan itu didengar di hadapan panel tiga hakim termasuk Kamardin dan dua hakim lain iaitu Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Musa diwakili pasukan peguam diketuai Tengku Fuad Tengku Ahmad manakala Mohd Shafie diwakili oleh Datuk Doughlas Lind.
Dengan penolakan rayuan itu, Mohd Shafie kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah mengikut Perlembagaan Negeri Sabah.
Menurut Jamawi semua wakil rakyat kerajaan perlu fokas ke hadapan dengan tidak melayani pelbagai provokasi dan fintah yang dilontarkan kepada kerajaan
" Jika kita asyik melayani kerenah mereka ,kita tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas dan amanah rakyat, justeru semua pihak pemimpin dan penjawat awam perlu berkerja dalam satu pasukan bagi membawa lebih banyak pembangunan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini" katanya
Menurut Jamawi semua wakil rakyat kerajaan perlu fokas ke hadapan dengan tidak melayani pelbagai provokasi dan fintah yang dilontarkan kepada kerajaan
" Jika kita asyik melayani kerenah mereka ,kita tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas dan amanah rakyat, justeru semua pihak pemimpin dan penjawat awam perlu berkerja dalam satu pasukan bagi membawa lebih banyak pembangunan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini" katanya









0 ulasan:
Catat Ulasan