Selasa, 5 November 2019

Kraf tangan tempatan berpotensi masuk pasaran luar

Antara kraftangan masyarakat Murut yang dipemarkan di Pusat tersebut.

KOTA KINABALU : Produk kraf tangan tradisional tempatan khususnya  kraftangan masyarakat Murut  mampu menembusi pasaran antarabangsa sekiranya mempunyai landasan pemasaran dan penghasilan material bersesuaian dengan cita rasa semasa.

Ahli Dewan undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata bagi memenuhi hasrat tersebut  penghasilan produk seni dan kraf tangan tempatan perlu lebih unik, kreatif dan mengekalkan keaslian, tetapi kontemporari sejajar dengan aliran semasa.


Jamawi bersama penguasa penguasa kraftangan dari Rundum Highlands Kemabong 

Beliau  berkata jika dibanding dengan pengguna tempatan, masyarakat di Eropah, umpamanya lebih menghargai produk seni kraf tangan tradisional dan berkaitan warisan budaya.

"Usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kualiti dan kreativiti seni kraf tangan tradisional perlu diperhebatkan termasuk  usaha untuk mempromosikanya" katanya ketika ditemui selepas merasmikan 
Pusat Jualan Kraftangan Murut di Menara Kuala Lumpur kemarin .


Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur 

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan ,pembukaan Pusat Jualan Kraftangan Murut di Menara Kuala Lumpur tepat pada masanya dimana lokasi tersebut merupakan tumpuan pelancongan sama ada dari dalam dan luar negara

" Sudah tentu pembukaan pusat ini menjadi  platfrom  bagi penguasa kraf tangan tempatan untuk memasarkan hasil kraftangan mereka  ke pasaran  global" katanya 

Tambah Jamawi pusat jualan ini bukan sahaja menjadi  pusat pemasaran hasil kraftangan tempatan malah sekali gus ia dapat memainkan peranan untuk  mempromosikan Sabah khususnya daerah    Tenom dan Kemabong mengenai tempat tempat  menarik untuk dilawati oleh pelancong yang ingin berkunjung ke daerah ini.

"Selari dengan gagasan saya menjadikan daerah Tenom dan Kemabong sebagai hub pelancongan ,saya  ingin mengubah nasib dan persepsi masyarakat mengenai industri kraf tangan tradisional yang semakin dipandang sepi.

"Menerusi  pusat jualan  ini kita jadikan ianya sebagai platform, kami mahu menghimpun dan melahirkan lebih ramai artis seni kraf tangan tradisional dengan memberi peluang untuk mereka mengetengahkan hasil seni mereka untuk di ketengahkan" katanya .

Tambah  Jamawi produk seni dan kraf tangan tempatan mempunyai nilai dan keunikan tersendiri, sekiranya ia dikemas kini mengikut permintaan aliran semasa dan mampu menyumbangkan pendapatan kepada negara dan rakyat 





0 ulasan:

Catat Ulasan