![]() |
| Hashim (tiga dari kanan) Lajim (dua dari kanan) bersama jawatankuasa penganjur pertandingan semasa sidang.media tersebut |
KOTA KINABALU: Para pemain Glof di Sabah dipelawa menyertai pertandingan golf amal bersama bekas pemain-pemain legenda dua kelab gergasi bola sepak Liverpool dan Mancheter United November ini.
Pertandingan amal tersebut dijadualkan diadakan sempena penganjuran persahabatan bolasepak 'Battle Of The Reds' Yang akan diadakan di Sabah Glof and Country Club di sini.
Pengerusi penganjur Datuk Kassim Justin berkata,pihaknya membuka sebanyak 128 penyertaan membabitkan empat division(flights) kepada pemain Glof dari seluruh negara.
![]() |
| Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin Yang Dipertua Yayasan Buah Pinggang Sabah |
Katanya, daripada empat division itu, satu (flights) dikhaskan untuk mereka yang berminat bermain golf bersama bintang-bintang bolasepak ini dengan bayaran RM6,000 seorang .
"Flights Khas ini terhad kepada 10 pemain yang bukan saja dapat bermain golf dalam satu pasukan dengan bintang bolasepak ini tetapi juga dapat beramah mesra secara langsung dengan mereka.
"Satu lagi ketegori turut diwujudkan membabitkan bayaran RM500 setiap penyertaan yang sudah tentu juga pemain Glof berminat berpeluang bersarapan dan minum petang bersama bintang kesukaan mereka.
"Tarikh tutup penyertaan pada 13 November ini dan mereka yang berminat boleh hubungi jawatankuasa kampung dengan kadar segera kerana pendaftaran adalah berkonsepkan 'siapa cepat,dia dapat' "katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Yayasan Buah Pinggang Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin di Sabah Glof and Country Club di sini.
Hassim berkata,hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Yayasan Buah Pinggang Sabah yang merupakan penganjur utama pertandingan Glof amal ini.
" Justeru semua pemain Glof seluruh negara dipelawa menyertai pertandingan ini kerana selain dapat bersama dengan bintang kesukaan mereka, acara ini juga menjanjikan pengalaman yang cukup bermakna dan istimewa " katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan