![]() |
| Basalih Talip pengerusi bersama majlis |
BEAUFORT: Buat julung kali perjumpaan bekas pelajar bersama bekas Guru Sk Garama Beaufort era tahun 60an dan 70 an akan diadakan pada 15 Disember akan datang di dewan sekolah tersebut.
Pengerusi bersama penganjur majlis ini Basalih Talip(gambar) berkata rancangan ini yang dimulakan dengan pengwujudan grop WhatsApp bekas pelajar SK Garama era tahun 60an dan 70an berjaya mengumpul lebih dari 100 orang bekas pelajar sekolah ini dapat di kesan.
" Bertitik tolak dari grop whatsApp ini, timbul idea kami mengadakan perjumpaan sebagai mana yang dijadualkan akan diadakan di dewan Sk Garama pada 15 Disember akan datang" katanya ketika ditemui di sini.
Menurut beliau satu jawatankuasa telah dibentuk bagi mengatur perjumpaan yang amat bersejarah ini dengan pelbagai pengisian program antaranya klinik bola sepak kanak kanak,perlawanan bola sepak persahabatan veteran majlis tahlil buat mereka yang telah tiada pada sebelah petang dan kemuncaknya pada sebelah malam majlis ramah mesra jamuan makan dan penyampaian cenderahati kepada guru guru yang pernah mengajar di sekolah ini pada tahun era 60an dan 70an.
Tambah Basalih perjumpaan ini turut melakar sejarah bagi mempertemukan kesemua bekas pelajar pada tahun tersebut yang sekian lama terpisah kerana tuntutan kerja perpindahan mengikut suami,isteri dan keluarga masing masing.
" Majlis ini lebih kepada usaha untuk mempertemukan semula bekas bekas pelajar bagi memperkukuhkan kembali hubungan silatulrahim apatah lagi majoriti bekas bekas pelajar ini mempunyai pertalian keluarga yang sangat rapat " katanya.
Basalih juga mengajak rakan rakan bekas yang pelajar ,guru-guru pada era tahun tersebut yang belum berjaya dikesan nombor perhubungan mereka dan berminat untuk menghadiri majlis ini boleh berhubung dengan beliau di talian 013-2710162 atau tuan Haji Maslin Diris di talian 011-53327033 untuk mendapatkan keterangan lanjut
Dalam perkembangan lain Basalih juga berkata selepas pertemuan bersejarah ini satu jawatankuasa penaja akan dibentuk bagi menubuhkan persatuan bekas pelajar SK Garama.
" Kita akan bentuk satu jawatankuasa penaja yang akan merangka bagi menubuhkan persatuan bekas pelajar Sk Garama untuk didaftarkan secara sah di pejabat pendaftar pertubuhan " tambah Basalih







0 ulasan:
Catat Ulasan